Wednesday, October 8, 2008

Syawal 1429 H

Syawal kali ini masih tiada beza dengan Syawal2 yg lps.Aku masih diberi keizinan untuk menyambutnya bersama keluarga tercinta di kampung halaman kami.Alhamdulillah..
Tak berapa lama lagi, tahun 2008 akan melabuhkan tirainya..dan perkahwinan kakak kesayangan ku akan menjadi penutup tirai agenda keluargaku pada thn ini..insyaAllah..dan tarikh bersejarah kakak ku juga nanti akan dikongsi bersama Kak Zu (kakak Mr. MFH) yang turut menamatkan zaman solonya dengan jejaka pilihan. Jika tiada aral melintang, dua @ tiga bulan selepas itu, keluarga nya pula akan dtg merisik aku untuk adiknya..sebenarnye aku hanya bersedia utk menamatkan zaman solo ku pada thn ini (2008), selepas tanggungjawab sebagai kakak kepada adik2 ku selesai aku laksanakan dan selepas aku puas dlm memberi keselesaan hidup kpd kedua org tuaku. Dan setakat ini, segala perancangan aku itu diberkati olehNya. Cuma, thn ini aku perlu memberi laluan kepada kakak ku terlebih dahulu dan secara kebetulan, di pihak si dia, pesanan dr arwah ayahnya yang berkehendakkan kakaknye bernikah dahulu..kesudahannya, thn 2009 yg akan dtg, memungkinkan Syawal pertama akan aku sambut dengan status diri yang baru..insyaAllah..

Syawal kali ini juga memaksa aku menegur tingkah laku adik lelaki ku. Tujuanku cuma satu. Aku tidak mahu dia alpa dgn tanggungjawabnya sebagai anak lelaki sulung dlm keluarga. Aku tidak mahu dia menganggap perkahwinan adalah titik noktah tanggungjawabnya kepada org tua kami kerana sbgi anak lelaki, tanggungjawabnya tidak akan berubah kpd ibu bapa kami walau ape pun status dirinya.


Aku perlu sedarkan dia memandangkan tugas2 ku menjaga keluarga kami akan aku serahkan pada dia sebaik sahaja jodohku tibe..

buat adik ku..

“ Angah minta maaf kalau terpaksa berkasar, tp niat Angah mmg nak ko sedar dan ingat tanggungjawab ko.Angah taknak ko tanggung dosa atas kegagalan ko melaksanakan tanggungjawab ko pada kedua org tua kita..Angah tak pernah berkira pada setiap wang ringgit dan tenaga Angah seperti yg ko sangka..apa yg Angah harapkan adik2 Angah berjaya dlm hidup dan kita sama- sama dpt beri keselasaan hidup pada ibu bapa kita..Tiap kali lps solat, Angah tak pernah lupa berdoa pd Tuhan minta diberikan peluang pada kita adik beradik utk beri kesenangan hidup pada org tua kita..ko pun tau mcm mana susahnya hidup kita dulu..dan Angah xnak ko lupa zaman susah kita itu..”

Syawal kali ini juga, memberi peluang utk aku menziarahi Guru Kelas Sekolah Rendahku
( Tn. Haji Laderlah bin Hj. Abd Ratip) yang ditimpa keuzuran. Cikgu Laderlah merupakan Guru Kelas ku dari Darjah 1 hingga ke Darjah 6. terlalu banyak jasanya pada aku dan x mgkn mampu utk aku lupakan selagi hayat dikandung badan.

Buat Cikgu..

“ Saya akan sentiasa mendoakan cikgu dan semoga cikgu sembuh seperti sediakala..kalau tidak kerana cikgu, tidak mungkin saya menjadi seperti sekarang. Terima kasih kerana mendoakan kebahagiaan saya dan keluarga. Jasa2 cikgu pada saya x mgkn mampu saya balas dan lupakan..”

Syawal kali ini juga mengizinkan aku utk bertemu teman2 lama zaman persekolahan dulu. Ramai yg dah berkeluarga. InsyaAllah, agenda ini akan menjadi agenda tetap kami setiap tahun..

Tamat sudah cerita Syawal 1429 H ku ini. Semoga aku terus diberi kesihatan yg sempurna dan peluang utk menyambut Syawal pada tahun-tahun yg akan dtg bersama2 insan yang aku sayangi..Amin..

No comments: