Wednesday, December 3, 2008

Ujian Tuhan buat keluarga ku

Malam selasa lps, aku dpt berita Atuk aku x sehat..badan berpeluh2, then lps Doktor cek, dia bgtau, yg degupan jantung atuk aku sgt lemah. Malam tu jugak kena bawak ke Hospital. Aku org pertama yg tau. Sepantas yg boleh aku col adik-beradik n pakcik2 n makcik2 aku..dlm hati hanya Tuhan saja yg tau.. Makcik aku yg bongsu dgn suaminye yg ikut skali ambulan tu sementara mak aku temankan nenek aku yg mmg dah menangis kat umah..aku cuba tenangkan nenek aku via phone..tp dia x mampu nak cakap lgsg..sedih giler aku rasa..ini pertama kali atuk aku sakit teruk macam ni..Pakcik2 aku, sorg kat Terengganu (outstation) & sorg lg kat Kelantan. Dua2 xleh balik sbb kene lalu jalan yg ditutup sebab banjir..

Along dah menangis. Mungkin mengenangkan kenduri dia yg dah dekat..aku pon same nangis..adik aku yg bongsu nak final exam. yg no 3 plak baru je ke Batu Pahat 2 hari lps. Dapat keje baru kat sana. Masing2 jauh. Masa ni mmg aku rasa kami takleh buat pape sbb masing2 jauh. sgt kesian kat keluarga kami nak uruskan semuanya..paling2 nak tenangkan nenek aku..waktu ini juga aku faham ape maksud "REDHA"..ye, berlapang dada menerima apa sahaja ujian ke atas ku & keluargaku..

Lps Doktor x-tray, dpt tau satu injap sebelah kiri jantung atuk aku tersumbat. Sbb tu dada die sakit & badan die berpeluh2 dengan byk. Doktor terpaksa tahan atuk aku 5 ari di wad. Kalau dlm 5 hari ini kesihatan dia dah stabil, dia boleh keluar Sabtu nanti. Kami semua berharap & berdoa dia akan kembali sihat seperti sediakala..So far, Alhamdulillah, kesihatan dia makin stabil. Nenek aku lgsg xleh berenggang. Dia sendiri nak jaga suami dia..walaupun diri dia sendiri x sehat sgt sebenarnya..

Hari ini, Pakcik aku yg kat Kelantan balik kampung. Lusa, Pakcik aku yg Putrajaya pulak balik. Aku+Along+adik bongsu aku balik ari Sabtu nant. Adik aku yg ketiga plak balik Malam Ahad.Yg penting thn ni kami semua dpt berkumpul sambut Aidil Adha nant..


"Semoga Atuk aku cepat sembuh dan sehat seperti sediakala.Amin.."

No comments: