Tuesday, September 8, 2009

Al-fatihah buat Pokteh ku sayang..

Jam 2 lebih pagi Jumaat 04/09/2009 bersamaan dengan 14 Ramadhan 1430H, aku dikejutkan oleh deringan telefon. Kat skrin hp aku tu, aku tgk Pektam yang col. Aku jawab. Dalam hati mcm dah dpt agak, mesti ada berita yang menyedihkan bakal aku dengar. Suara pektam slow sgt. Aku tau die menahan sebak yg teramat. Berkali2 die pesan supaya aku x terkejut. Dan akhirnya dia bgtau " Pokteh dan takde..". Selesai ayat tu, aku dgr Pektam terus menangis. Aku blur. Mcm x percaya dengan berita yg baru aku dengar. Pokteh tak sakit. Tibe2 aku dgr dia dah takde. Ye, Pokteh dah pegi.Pegi meninggalkan kami semua buat selama-lamanya..hubungan kekeluargaan sebelah mak mmg sgt rapat..kami betul2 rasa kehilangan dia..sgt2 terasa!

Lps Subuh, aku bertolak balik ke kampung. Ambil Along, Abg ipar aku n Jemi kat Melaka. Singgah Pagoh umah Bangcik n kitorg balik skali. Pektam dah balik awal lg dr aku. Sebab die kene g Shah Alam amik anak arwah Pokteh kat Shah Alam. Sepanjang perjalanan, kami cume diam aje. Rasa mcm x caya Pokteh kami dah takde!. Sampai kmpg, dkt nak Zohor. Jenazah masih dalam perjalanan lagi. Bukan dekat, dari Kota Bharu sana. Nenek aku adalah orang yang paling sedih aku rasa. Dia hampir pengsan sebaik saja berita pemergian Pokteh sampai pada die..

Tepat jam 5 ptg, jenazah selamat sampai. Waktu ikatan wajah jenazah dibuka, kami sume memang tak dpt menahan air mata. Tambahan lg, bile tgk nenek aku peluk n cium arwah macam xnak lps. Pokteh mmg sgt baik.sbb tu die dpt rezeki meninggal dunia di pagi Jumaat, bulan Ramadhan. Kami sume redha bila tgk wajah die yang tenang. Macam orang tidur je..lps solat jenazah, jenazah terus dikebumikan memandangkan hari makin lewat petang..wajib disegerakan. Cukuplah jenazah Pokteh terseksa dalam perjalanan yang jauh..

Dan hari ini adalah hari ke 5, Pokteh pegi meninggalkan kami. Sebak rasa bila melihat mercun yang die dah beli utk sepupu2 aku yang masih kecik tu dalam bonet kereta dia. Tambah sebak bila baca sms Ramadhan dia yang ayat2 nya macam dah tau yang die dah dekat nak pegi. Terlalu banyak tanda-tanda yang Pokteh dah tunjuk, tapi kami sume x faham..
Apepun, aku mendoakan semoga roh Pokteh aku, Kamaruddin bin Md. Jamin, ditempatkan dikalangan hamba-hambaNya yang beriman.. Amin..

Al-fatihah..

2 comments:

misZnadia said...

sm2 la kite doa kan ayah kaklong ditempatkan di kalangan org yg beriman ye..
Allah lbih sykan dia..tu yg Dia amek ayah di bulan mulia..hari mulia..
al-Fatihah..

miss maziah alis said...

ye kak long, kak yah sentiasa doakan semoga roh arwah ayah kak long ditempatkan di kalangan hambaNya yang beriman..insyaAllah..
dan kak yah jugak doakan semoga urusan kak long sekeluarga dimudahkan olehNya..