Friday, February 13, 2009

Alkisahnya..

aku jalan2 kat pasaraya..
tibe2 jatuh hati pada bunga telur kat tepi kedai pengantin tu..
aku beli sebatang..
dan aku beli barang2 nya..
balik rumah..aku pon cuba..

maka inilah hasilnya..



aku arap aku dapat guna bunga telur ni untuk majlis aku sendiri..walaupon tak tau la bile masanye..

Jalan-jalan Family Day

Weekend lepas (7-8 Feb) , aku join Family Day Ofis ke-23..tahun ni kat Tiara Beach Resort, Port Dickson. Aku gerak awal dari rumah ngan cik @acu. sebabnya nak hantar Komputer Riba adik aku kat Merlimau sana.sampai Teluk Kemang tu dlm pukul 1 then kitorang makan2 dulu n jalan2 kat gerai2 yg ada kat situ. Dalam jam 2 30 pm, baru gerak ke hotel. Weeknd tu ramai group lain pon buat family day, so group kitorang duduk kat blok yg belakang skali..agak jauh dr tempat makan..

Jam 630 pm, baru aku turun ke bawah berjalan2. Tiara Beach Resort ni mmg glamor dr sudut Theme Park nye kot. sbb tu agaknye rate utk room tu agak mahal walaupun x berapa selesa sgt sebenarnya. tp tarikan Theme Park tu yg menyebabkan ianya sentiasa menerima kunjungan orang ramai.

Tahun ni, Family day agak hambar (sepanjang aku bekerja di sini). aku x berapa enjoy sgt. sekadar memeriahkan acara sahaja..



aku & sis nurrul



Ini hadiah cabutan bertuah aku dpt aritu. tp aku dah bg pada sorg kakak opis tu bile aku bukak n tgk di dalamnya adalah rak kayu 4 tingkat. aku rasa cam x perlukan barang tu. so, sedekah jela pada yang mmg perlukannya.


Sebahagian pemandangan kolam yang paling dekat ngan blok kami.




Bergambar beramai2 sebelum balik..

Rasa mcm penat sgt plak..mgkn aku berendam dlm air yg x bersih kot..
Mujur Isnin tu cuti umum Thaipusam. Dapatla aku merehatkan badan..

Monday, February 2, 2009

apabila keinginan menulis itu merudum..

hai..

buat masa ni aku takde keinginan untuk bercerita..
terlalu banyak peristiwa yang jadi..ada yg aku nak ingat dan ada jugak yg mmg aku xnak ingat lgsg kalau boleh..
jadi..aku fikir..lebih baik aku simpan kemas2 dalam hati..

buat masa ini, aku masih menanti kehadiran keinginan itu semula..

....