Monday, September 22, 2008

ke mana mood ku menghilang

aku sgt2 xde mood hari ini..
mungkin sbb mood raya dah semakin merajai seluruh minda aku ni..
tak pun sbb pg td seterika panas terjatuh atas riba dan meninggalkan kesan perit di tempat jatuhnya ia...
atau pun, sbb aku termakan makanan yg x berapa bersih yg menyebabkan aku kuar masuk toilet berkali2..

..walau ape pon sbbnye, aku mmg tgh takde mood sgt2 ni!! rimasnye aku rasa!!!!

ape yg aku buat weekend lepas??

weekend lps kurang sgt2 masa aku utk melagha. sbbnye aku kene siapkan keje freelance aku tu. cek nye dah nak expired. so, nak xnak aku kene setelkan jugak.



Dan jugak, aku kene siapkan tempahan2 baju customer. sbb minggu ni minggu khas utk bershopping. mcm biasa la..mmg tiap2 thn mcm ni..slagi aku belum kawen, mmg aku akan berhabis utk family..bukan slalu pun, sethn sekali aje..smlm cume sempat beli brg sket2 je.tp abis pusing jugakla Jusco Cheras Selatan - Giant Kajang - Tesco Saujana Impian.shopping sorg2..senang..


Di bawah ini baju Kak Zana yang dah siap aku jahit dan telah aku serahkan kembali kepada tuannya.







Ini pula baju Cik Haryati, arini tuannya dtg amik..








Ni pulak corak paling ekonomi, baju Kak Ikin. Esok baru blh bg kat tuannye sbb aku belum jahit semule hujung lengan yg aku bukak.







itu sahaja la yg aku buat weekend lps..huhuhuhu...hujung minggu yg agak memenatkan!!

Thursday, September 18, 2008

interview oh interview..

seperti yang telah diketahui smlm aku menghadiri temuduga di SPR. punyela takut macam la aku ni xde keje. tp mgkn sbb dah lame aku x menghadiri mana2 temuduga selama lbh kurang 5 thn ini.mcm biasa, aku wat preparation la jugak..

angka giliran aku 1107, maknanye org ke 7 la dlm bilik tu. tp interview agak lama sorg2 tu,dalam kul 11 lbh jugakla turn aku smpi. masuk2 dlm tu, ada 2 panel penemuduga. masih sama mcm 5 thn lps waktu aku pegi. tp masa tu aku x byk pengalaman. baru abis belaja..keyakinan pon kurg..

soalan2 yang ditanya pon banyak berkait ngan keje aku skarang.more tu pendapat. bkn fakta. mgkn sbb aku ni sedang berkhidmat kot.tp paling x tahan soalan salah sorg panel tu

"Agak2nye, kalau Cik Maziah diterima, rugi x UPM?"

boleh ditanya soalan camtu. mau nye aku kene "masuk bakul angkat sendiri" huhuhu...(tp rasa2 ada la rugi sket kot). pasal teknikal cume mengenai open source. pon tanya pendapat..

keputusan temuduga tu boleh diketahui mulai 20/10 nanti.aku cume berdoa, kalau betul telah ditakdirkan masa depan aku lbh baik di sana, jaya kanlah aku. tp sekiranya tidak, kekalkan lah aku utk terus berkhidmat disini..


Tuesday, September 16, 2008

entry suka-suka

tajuk entry ini, entry suka-suka, maknanye mmg suka2 la ye..
aku cume nak upload baju Dr. Marzanah (Kak Zana) yang siap aku jahit masa lepak kat Putrajaya weekend lps. bolehla mantapkan lg skill aku ni.








oh ye, esok aku akan menghadiri interview. kalian diluar sana, doakan kejayaan aku ye..:)

Monday, September 15, 2008

Buka & Sahur@Putrajaya

weeknd lps, aku n cousin aku, Mek Nad ke rumah pakcik kami yg mesra di panggil "Pektam" kat Precint 9, Putrajaya. Memang every year, at least sehari dlm sebulan Ramadhan, kami akan berbuka dan bersahur di rumah Pektam. Masa nila nak makan hidangan berbuka macam kat kampung sbb Mak Gie, makcik ipar kami tu mmg sgt pandai memasak....Mak Gie aku masak kuih Keria, Mee Hailam, Ikan Sambal n Ayam Goreng utk menu berbuka puasa.

Pektam aku ni jenis suami yang understanding. Sahur dia akan bangun sama ngan Mak Gie aku n sama2 akan siapkan hidangan bersahur..dan kami anak2 sedara dia yang m***s ni cuma dikejutkan setelah sumenye sedia terhidang. cume skarang ni kitorg tlg kemas meja makan pas abis makan. dlu2 mmg Pektam yang akan wat sumenye..aku akan bgn makan then lepak2 tgk Astro sambil tggu Subuh n then sambung zzzzz..teruk beno perangai..;)

Cousin2 kitorg kat asrama. tggl abang n adik je..kecik2 lg..xdela cite sgt nak sembang. malam tu aku tgk projek baju raya Mak Gie aku. jeles betul bile die tunjuk kurung pahang yang die jahit sendiri. Mak Gie aku ni bkn takat pandai masak, menjahit pon die pandai. Baju raya anak2 perempuan n baju melayu anak lelaki n suami sume die jahit sendiri. aku kagum sebenarnya. Dalam hati ini sgt ingin menjadi seperti dia..tp apakandaya. Penyakit m***s aku ni susah sgt nak cari ubatnya.







Ini cousin aku Nor Syazwa Hajeerah Adnan (cucu nenek aku yg paling muda) bersama anak2 patung yang dipakaikan lampin oleh Mek Nad..



Aku cume menjahit baju je weeknd ni. siap la jugak 2 pasang. kat bawah ni baju Kak Faridah. simple je aku buat sbb tuan punye baju ni cume nak bg berat kat baju die je..






Jadual Diet ku terganggu sudah..

Thursday, September 11, 2008

akhirnya tertebus juga kekesalan itu

ptg smlm mcm biasa, aku sggh Pasar Ramadhan kat umah aku je..masa tgh tggu akak jual air kelapa tu bgkskan air utk aku, aku ternampak seseorg yg mmg aku nak sgt jumpa..sbb ada satu penyesalan dlm hati aku yg x tertebus sejak bbrapa bulan lps..dan akhirnya smlm, tertebus akhirnya penyesalan aku itu.

ye,akhirnya aku jumpa pakcik itu. sayu hati aku tgk dia. umurnya lbh kurg 80++ .mmg dah uzur. sbnrnya, bbrpa bulan lps, ada peristiwa yang terjadi yg membuatkan aku btl2 rasa bersalah.aku mcm kedekut utk berkongsi rezeki yang Allah bagi pada aku bersama dengan mereka yang memerlukan..muhasabah diri memikirkan perkara2 kurang baik yang berlaku pada aku sepanjang tahun ini, seolah2 Allah nak tunjuk sesuatu pada aku..ye..rezeki itu milik Dia, bukan milik aku..syukur aku cepat sedar diri.

buat kawan2 yg ada terbaca blog aku ni, yg belum wat zakat pendapatan/simpanan, pegila ke kaunter2 zakat atau yang lokek utk bersedekah, bersedekahla walaupun sedikit..sesungguhnya mengeluarkan zakat itu rukun islam ke 4. kongsila rezeki kita itu dengan mereka2 yg memerlukan..insyaAllah, kita akn diberkati olehNya..amin..

Wednesday, September 10, 2008

impian : reunion 2008

smlm, kawan sekolah menengah aku..si Rukiah col bgtau plan nak wat reunion masa Aidilfitri nanti.sebenarnya ini bukan kali pertama plan utk reunion ni.tp satu pon x penah jd. tp aku arap, kali ini, impian kami2 akan terlaksana.

sedar x sedar dah masuk 11 thn alam persekolahan kami tinggalkan.lawak rasa bila imbau balik.ada sesetgh kenangan tu mmg malu utk dikenang. dulu, kelas kami satu2 nye kelas aliran sains. ada 38 org pelajar dan hanya 14 org drpd itu adalah Melayu. maklumla sekolah kampung ( Sekolah Menengah Tanjung Datuk, Pengerang, Johor). 5/14 tu lelaki, 9/14 tu pempuan. nak kata rapat tu xla, tp bila dah besar2 ni, terasa plak manisnya kenangan waktu dulu..




Dari kiri, Ina, Dina, Rukiah, Fizah, Anim,n Farah. Yang duduk tu aku la (erk! cam kecik je aku time tu). Yang xde dlm gamba, Laily n Dila. Sume dah kawen kecuali Aku, Dina n Dila..yg lain2 tu sumenye dah jd mama..huhuhu

Yang lelaki plak (aku xde gamba korg) ..Aidil, Amil, Ishak, Ashafad n Helmi. Sume dah kawen kecuali Helmi..

Ada antara mereka2 ni aku x penah jumpe lg since abis SPM 1997. Di sebabkan itu aku sgt2 teruja utk ketemu mereka semua..moga kali ini reunion kami 5 Farabi 1997 berjaya menjadi kenyataan..Amin..

Tuesday, September 9, 2008

bisnes kecil-kecilan

byk jugak kawan2 opis anta baju utk dijahit manik sempena raya ni.dpt jugakla aku menambah duit raya. Alhamdulillah..
weeknd aritu dptla aku siapkan baju Kak Nab..ade lg 3 helai baju menanti..jgn nant baju raya aku yg x sempat aku jahit..udah ler..




Monday, September 8, 2008

sampai biler aku kene mengadap programming??

ada keje kosong x?
yg diluar dr skop programming.
aku dah muak dgn sintaks2 n logik2 yg menyakitkan kepala.
sampai umo brp aku nak kene hadap semua ini!!

Friday, September 5, 2008

kene saman

tadi aku g amik Ringkasan Kenyataan Perkhidmatan dan Laporan Penilaian Prestasi utk interview nanti & hantar borang pengisytiharan harta untuk dapatkan Laporan Pengisytiharan harta yang juga untuk interview nanti..parking xde, so terpaksala curi2 parking.tp xdela sampai menghalang laluan kenderaan lain..kuar2 bank pas bayar loan keta adik aku, jumpe Pak Guard tgh selit surat saman kat satu keta Kancil tu..

sampai2 kat keta, macam aku kenal je kertas yg terselit kat viper keta aku tu.mmg kenal sgt2 coz masa develop Sistem Saman Kenderaan utk Bahagian Keselamatan tu, aku kene digitalkan borang saman tu. nampaknye, jap lg nama aku akan tersimpan la dlm sistem yg aku bangunkan tu..apela nasib..huhuhu

aku x penah lg kene saman JPJ or Trafik. Tapi saman parking, masuk kali ni dah 3 kali aku kene. satu je aku bayar masa first time kene. tu pon sbb takut. kali kedua kene, aku wat bodo aje.kali ketiga ni,boleh wat bodoh jugak ke??boleh kot..

Wednesday, September 3, 2008

Salam Merdeka & Salam Ramadhan

Hari ini merupakan hari ketiga semua umat islam sedunia berpuasa. Dan aku pon x terkecuali dari menunaikan rukun islam ketiga ini. Byk yang aku azamkan utk Ramadhan kali ini. Mungkin umur makin meningkat, dan aku lebih sedar tanggungjawab aku sebagai seorg hamba-Nya.

Sehari sebelum 1 Ramadhan, merupakan Hari Kemerdekaan Negara Malaysia ke-51. Malam tu aku x kemana-mana. Cuma tgk bunga api dari tingkap umah aje.maklumla, dari tingkat 6 tu, berbagai2 bunga api aku blh nampak. Lagipon, aku mmg x biasa menyambut merdeka ni. Tak suka keadaan yg sesak yg akan buat aku jd serba x kena.

1 Ramadhan bersamaan dgn 1 September pada tahun ni. Aku berazam utk jd lebih baik dari tahun2 lps. Aku nak baiki mane2 yg patut aku perbaiki. Aku arap sgt2. thn2 lps aku berazam jugak, tp sudahnya azam tggl azam semata..mula2 je aku semangat..lpstu HAMPEH..

Cuti 3 hari, aku sorg2 kat umah. Housemate balik kmpg. kawan2 aku pon balik kampung. so, aku wat xtvt sendiri aje. freelance work aku kene siapkan b4 raya. then, siapkan sehelai lagi tempahan manik baju customer aku.










ni plak baju nikah akak aku yg masih dalam proses lagi..