Wednesday, June 25, 2008

review 2008 half year

sedar x sedar dah nak abis separuh thn 2008.awal2 thn dulu, ada la jugak aku plan ape aku nak buat utk thn 2008 ni..so, saje la aku nak review setakat mane yg dah aku capai..

1)
Belajar Jahit
--> plannye bln feb lps, tp x berjaya disebabkan kebizian yang amatt, so bulan Julai ni nampaknye aku kene g mendaftar dah. jumpa lak kelas yg fleksibel n amatla sesuai dgn keadaan aku yang bekerja ni...huhu

2)
Besarkan rumah kat kampung (tambah bilik)
--> sasaran aku masa along bertunang aritu bilik tu dah siap. tp memandangkan jubin lantai tu xde stok , makanya lambat la. tp insyaAllah, akak aku akan rasmikan bilik tu masa nikah dia nanti..;)

3)
Mengaji dengan fahamkan terjemahan
--> sasaran aku, seperti mana mak aku hajatkan..nak aku,along n adik2 aku khatam Quran sama2 di majlis kenduri akak aku nant. so, aku arap sgt aku dpt abiskan mengaji dengan fahamkan makna skali sblm kenduri akak aku bln 11 nant..insyaAllah..

4)
Mahirkan skill menjahit manik
--> so far mgkn target yang ni dah tercapai. ada jugak la kawan2 menempah baju utk aku jahitkan manik. hobi ni menarik, cume kene saba..

5)
Jahit baju mak aku
--> huhuhuhu..aku arap lps aku dah tau menjahit nanti, aku berjaya jahitkan baju mak aku..dlu2 mak aku jahitkan baju aku..skarang ni aku nak jahitkan baju mak aku plak..aku rasa cam best je kalau dpt buat..

6)
Belajar masak asam pedas
--> aku suka makan asam pedas, nak2 pari asam pedas. tp aku x brp pandai masak...

utk thn 2008 ni, itu jela plan aku selain dari memantapkan kerjaya dan kewangan..insyaAllah, next year planning kene lbh baik..ura2 planning 4 next year pun dah ada...semoga diberkati dan dipermudahkan segala urusan...amin..

Tuesday, June 10, 2008

wajah-wajah kesayangan beta..

entry ni plak, aku nak letak gambar wajah-wajah org-org yg aku sayang dan kalau boleh nak bersama sampai bile2..

ini mak (Pn. Sa'amah bt Md. Jamin) n bapak (En. Alis @ Alias bin Imam) aku..tanpa mereka xde aku kat dunia ni...



ini pulak atuk (En. Md. Jamin bin Jadi) n nenek (Pn. Aminah bt Rahmat) sebelah mak aku.Yang sebelah bapak aku dah takde kedua2nya.start dr Form 1, aku dok ngan diorang, umah mak n nenek aku xdela jauh. sebelah2 aje..



ini plak, adik beradik aku...dari kiri adik aku no 3 yang mesra dipanggil Bangcik, Aku yang dipanggil Angah, Along dan yang hujung tu adik aku yang bongsu yang kami panggil Jemi.Nama betul die Azmi.Adik beradik aku sume nama simple2 aje..


Maznah a.k.a Along (Kepujian Seri Muka)
Maziah a.k.a Angah (Kelebihan Keistimewaan)
Azman a.k.a Bangcik (Cita-cita tekad)
Azmi a.k.a Jemi (Cita-citaku tekadku)
janji ada makna..;)..

simboliknya nama aku n along aku, masa kitorang lahir dlu, arwah atuk belah bapak aku, wat cabutan undi. dan mmg mak bapak aku cabut nama yang sama..jd mmg inila nama terbaik utk kami..




Pertunangan Along (my sister)

hai..lame rasanya aku x update blog aku ni. crite2 pon sume dah outdated..tp xpela,sementara ada masa terluang n dah free sket skarang ni, aku post la beberapa entry.

03 May 2008 lps, Along -kakak kesayangan aku bertunang. memandangkan dia cucu sulung sebelah family my mum, mak aku pakat jemput sekampung. punyala ramai sampai x muat khemah..rombongan sblh lelaki dtg dr jauh, Kuala Berang Terengganu Darul Iman. Sangkut jugak sbb van rosak kat area Rompin yang mmg x ramai org lalu. kesian along..tp alhamdulillah, akhirnya selamat juga dia bertunang. InsyaAllah, lps raya nanti, majlis nikahnya. Aku dah volunteer nak jahit manik n labuci kat baju nikah dia yang dah siap tu.


















(along dgn hantaran dari pihak pempuan)




















masa majlis die aritu, aku adala test bakat gubah hantaran. Along aku mmg dah awal2 ckp, dia nak mntk aku gubah sirih junjung.dgn kreativiti aku yg x seberapa ni, inila hasilnya. x sangka jugak aku ni boleh buat gubahan..haha..

















dan ini juga..
















ni pulak sesi peminangan la kot. kena pakai juru alih bahasa sebab wakil sebelah lelaki mmg x pandai cakap luar.































(along dgn bakal mak mertua (tudung kuning tu) )

x kisahla, janji sumenya dah selamat.Along dah pon jd tunangan orang.dek kerana kesibukan melayan tetamu kitorg xde gambar bersama..takpela.nikah nant jela...apapon, semoga pertunangan Along n Abg Lias kekal hingga ke jinjang pelamin..lps tu giliran aku plak la kot..insyaAllah..;)