Friday, August 29, 2008

Bajet 2009

"Bajet 2009 yang bertemakan Kerajaan Prihatin menyediakan hampir 50 insentif termasuk bonus sebulan gaji atau minimum RM1,000 serta pencen minimum RM720.

Bonus kepada lebih sejuta kakitangan awam akan dibayar melalui dua kali pembayaran iaitu pada September dan Disember.

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, pemberian bonus itu sebagai menghargai peningkatan produktiviti dan sumbangan kakitangan sektor awam kepada pembangunan negara." -petikan mSTAR Online

syukran..syukran..thn ni ada rezeki bonus lagi.semoga negara Malaysia akan bertambah makmur dan maju..amin..

aku : rasa2 kene baca full teks ucapan Pak Lah utk preparation interbiew nant.

periuk + kuali



apa motif periuk belanga ini dalam entry ku kali ini..?
yeap..ini adalah hadiah yang dikongsi bersama teman2 ku (Hani, Nory,Yana n Aku) utk sahabat kami yang baru saja mendapat title "Puan" 2 minggu lepas iaitu Puan Roimah Dollah.

Semoga rumahtangga yang dibina berkekalan hingga ke akhir hayat..


p/s : tak dilupakan buat sepupuku Mek Nad yang menyambut ulangtahun nya yang ke-22 tahun smlm.semoga dipermudahkan segala urusan..

aku : nak jugak ! nak jugak !

Wednesday, August 27, 2008

kejayaan vs kekalahan

adakah ini di namakan kejayaan??
x sampai 2 thn, 10 kg lemak telah berjaya ku ternak di badan..
atau adakah ini dinamakan kekalahan??
kalah pada makanan yang menyelerakan..

p/s : selamat ulang tahun ke 51 tahun buat bonda ku yang tercinta. semoga Allah s.w.t memberikan kesihatan yang sempurna untuk mak.We all (Along, Angah, Bangcik n Jemi) love u very2 much!!

aku : istiqamah -- menyingkirkan lemak2 di badan dengan penuh keazaman dan kesungguhan!!

Tuesday, August 26, 2008

Panggilan Temuduga

Q : patut ke anda menghadiri panggilan temuduga ini?
A: rasa2 patut kot..



aku : test market??

lambat

persimpangan Sg Ramal Kajang Silk sekitar jam 7:50 pagi..
jam lagi..
punch card merah lagi..
huh!!



aku : dpt love letter dr pengurusan la nampaknye bulan ni

Monday, August 25, 2008

smile...;)

Hujung minggu lepas, aku x byk xtvt, mcm biasa aje. sabtu tu, cume jahit manik pada baju customer ( Kak Ikin). siap dah la 2 pasang. ada lg sepasang. aku ni jahit suka2 je. jiran2 tetangga pon ade jugak yg berminat nak menempah baju..bolehla isi masa lapang sambil menambah duit poket...

Ahadnye plak, aku g temankan
King Mahani ke rumah kawannya di Kampung Inas, Tampin, N9. kawannya itu adalah student nye..dapat makan lauk pauk kampung (asam pedas ikan pari, gulai lemak nangka + ayam kampung,pucuk ubi+tempoyak dll )yg mmg menjadi kesukaan aku. disebabkan esok aku akan mula berdiet, makanye, aku nak makan byk2 arini..haha.tp malam td perut aku sakit, mungkin gulai lemak tu ada dibubuh buah keras. dan perut aku ini sememangnya kalah pada buah keras itu...adu..hampir2 aku MC arini..sib baik bgn pg td dah ok..dptla aku g keje walaupun punch card merah arini..jln jam sbb ada xcdent kat Sg Ramal.

Kat bawah ini, adalah baju2 Kak Ikin yang telah siap aku jahit. simple2 aje sbb kurung sutera dia tu dah bercorak2..x cantik kalau heavy sgt maniknye..










itu jela yg aku wat sehari dua ni. dpt jugakla siapkan satu modul keje freelance aku..kene siapkan b4 raya sbb aku nak pakai duit byk utk raya nant..nak beli hadiah utk parent aku sempena annivesary diorg yg ke-33 thn pada 22 Jun lps.kire belated punye hadiah la ni..;)


Friday, August 22, 2008

MAHA 2008

Smlm aku g Malaysian Agriculture, Horticulture and Agrotourism Exhibition 2008 (MAHA 2008)
yang berlangsung dari 12-23 Ogos 2008 dgn member opis aku cik @cu. letih jugak la berjalan. Boss kami bercuti panjang sempena cuti sekolah, tu yg amik kesempatan ler berjalan ke sana. lgpon dah mmg dekat sesgt ngan opis..3 jam lebih jugak kami kat sana.tu pon x pegi tgk binatang n tanaman disebabkan kekangan masa..ramai giler umat manusia kat sana. cuti sekolah ni ramai parent yang bercuti bawak anak2 berjalan2 agaknye..





macam2 benda ada kat sini. sume hall kitorg masuk. byk produk2 IKS ada dijual. kreatif betul usahawan2 IKS ni. kagum aku dibuatnye...



aku geram tgk buah-buah tomato ni. dlm ati aku mmg ada keinginan nak menceburi bidang pertanian..dan skarang pon ade perancangan ke arah itu..tp mgkn lambat lg kot..modal x cukup lg..:(

aku suka orkid..tp aku x pandai jaga..mgkn kalau dah ada rumah sendiri nant, harus ku tanam pokok2 orkid di halaman rumah..skarang ni, keadaan masih x mengizinkan lg..






ikutkan ati mcm nak pegi lg. esok dah last day..tgkla if esok aku 'ter' rajin lak nak berjalan lg..pameran ini bagus. memperkenalkan produk2 IKS pada masyarakat. dan aku mmg menyokong sgt2 usahawan2 IKS yang kreatif lg inovatif ni..kalau x kita, sebagai rakyat Malaysia yang menyokong produk2 tempatan kita...siapa lg nak sokong kan..

Thursday, August 21, 2008

Jodoh..

Renungkanlah Sedalam-dalamnya...

Tidak, Jodoh tiada kaitan dengan keturunan..
Hanya belum sampai masanya.
Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang.
Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita.
Ada org jodohnya cepat sebab jambatannyasingkat.
Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35tahun belum apa² kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa² lewat solat.


Allah mendengar...
Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat.

Biar lambat jodoh asalkan mendapat 'Right Person' dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki/perempuan yang tidak beriman kemudian nanti.Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar² mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah.

Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah (walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepijalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh² bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar² membahagiakan.

Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya.Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat disamping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia menjadi sebaliknya bila ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing² padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar suami atau isteri tidak usah berkahwin dulu.

Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu.

Jika rasa² belum bersedia untuk bersabar dgn kerenahanak², carilah dulu kesabaran itu.

Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar² mengerti tuntutan2nya.Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus² bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat.

Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaaninsan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia²nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan.

Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong²nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. " Seorang teman pernah berpesan..
"Kadang² Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,kemana hilangnya sinar..
Rupa²nya..
Allah nak hadiahkan kita pelangi.."

"Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali.
Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada..."

Semoga mendapat jodoh yang didamkan dan dirahmati Allah, amin.
Wallahu'alam

Wednesday, August 20, 2008

Pertunangan Haryana (my cousin)

Cuti-cuti Malaysia aku dah abis..so,kembali la aku bertugas di opis ku yg terchenta ini..tp mcm blur je nak start keje, padahal baru 4 ari aku x keje..bercuti sakan la tu namanye.nak kata sakan pon x jugak, sbb aku balik kmpg pon semata2 meraikan Haryana , cousin aku tu bertunang. Kalau x, maunye aku balik cuti Hari Merdeka nanti, boleh sambut puasa ngan family aku..

Haryana ni cousin aku sebelah mak aku. mak dia adik beradik ngan mak aku.muda2 lg dah bertunang, umurnya baru 21 thn. tunang nye pulak 22 thn. muda remaja lg..thn depan dah nak kawen. tp harus, aku kene kawen dlu dr dia..huhu..





Haryana dan ayahanda nya


Haryana dan ibunda nya merangkap moksu aku..


Haryana dan kakak sepupunya..;)


Hantaran dari pihak perempuan..11 berbalas 13 dulang..apepon, aku doakan semoga kalian berdua kekal hingga ke jinjang pelamin..amin..


Friday, August 8, 2008

JJCM..local fruits..

last weeknd, my frend, King Mahani ajak aku n Nory p makan2 Pesta Bebuahan kat Kolej dia. RM6/head. member belanja, so, aku n Nory just ready perut jela..hehe

masuk2 dewan tu, hormon adrenalin aku mula teruja sbb nampak buah2an tempatan yang beraneka jenis terhidang atas meja..fuhh..aku ni mmg suka makan..nak2 durian..hadoi..x tahan baunye yg sggh mengancam..

kami pon makan dan makan dan makan sampai x larat. RM 6 tu utk sejam..tp mmg x larat la nak makan lbh2. lgpon buah2an ni x elok makn cmpo2..nant bleh mabuk n pening..tp biasala..bile dah depan mata, sume nak di rasa..

tp keesokkan arinya..mmg aku pening..mcm x betul je rasa kepala..tula, pesan org tua2 xnak ikut..endingnye lps Isya' aku terus tido sbb sakit kepala,plan nak wat keje freelance aku terkubur jua akhirnye..sabo jela...













harta terbaru..;)

ini harta terbaru aku ..org lain dah lame ade, aku baru terhegeh2 nak ada. tu pon sbb laptop Fujitsu opis aku dah rosak..hemm..so inila die HP Compaq Presario V3700 kaler itam metalic yang akan jd teman setia aku pasni..;)