Friday, December 18, 2009

menjengah ke blog sendiri

dah dua bulan lebih aku x singgah blog aku ni..maleh bebeno rasanye..lgpon ada ke org nak baca tulisan2 aku ni?? kalau ada pon, sorg dua je la kot..

aku baru je lps balik dr kmpg..cuti seminggu..bile aku cuti seminggu, mula tersebar berita aku cuti bertunang..padahal cuti penat! emm..sepupu aku kawen. aku saja standby kat kmpg ble mengenangkan takde transport nak bawak barang..kancil bapak aku tu bonetnye sempit..nantla ada masa aku upload foto2 hari bersejarah sepupu aku tu. (Tahniah dan Selamat Pengantin Baru pada Haryana & Anizan )

aku tgh baca naskhah kat bawah ni..cite NATRAH..sedih giler walau x abis baca lagi..kehidupan seorang wanita yang merana hingga ke akhir hayatnye..sape2 yang pegi tgk teater nye..mgkn lbh faham..dan sape2 yg belaja law, pon akan tau sket sebyk pasal NATRAH ni..




okla..saje je aku sggh ke blog sendiri.lame beno x menyinggah..almaklumla...makcik bz bebeno skarang ni..



Wednesday, September 30, 2009

Manik Raya : Corak Kompleks

Ini plak, baju2 Kak Ikin. Aku buat bunga labuci mcm yang Kak Ikin nak.






Sebenarnye ada baju yang aku x sempat jahit. Sebab dah last minute baru hantar. Tambahan plak, aku x berapa ada mood nak menjahit Ramadhan kali ni..

Syawal 1430H

Rasanya belum terlambat lagi utk aku mengucapkan Salam Aidilfitri, Maaf Zahir Batin buat semua. Cuti raya aku bermula pada 16 Sept memandangkan baju2 tempahan belum siap dijahit. Sudahnye, tengahari 17 Sept baru aku selesai menjahit semua baju dan terus bertolak ke Melaka, amik Jemi, adik aku tu. Kepala aku dah start sakit sebab tak cukup tido.so, dr Melaka sampai la ke kampung, Jemi la yg jd driver.Aku rileks kat sblh je.Sampai kampung, dah lps waktu berbuka.Kami berbuka kat Bandar Penawar, minum air kotak je..

Actually, perasaan nak raya tu x mcm tahun2 lps.Rasa kehilangan arwah Pokteh masih lagi menebal.Tak terbayang rasanya suasana di pagi raya,waktu salam bermaafan.Kami sekeluarga sangat sayangkan arwah, tapi Tuhan lebih menyayanginya. Kami tahu rindu kami ni hanya boleh kami pendamkan dalam hati. Hanya mereka-mereka yang pernah melalui pengalaman kehilangan insan tersayang dpt memahami perasaan ini. Berat mata memandang, berat lagi bahu Mokteh, Kak Long, Ila, Diyana dan Khalisah memikulnye.kepulangan diorg lebaran kali ini tanpa ayah.kebiasaan yang berlaku pada tahun-tahun lepas tidak lg berlaku utk tahun ini dan tahun2 seterusnya. InsyaAllah, Mokteh dan sepupu-sepupu aku tu akan berpindah ke kampung. Yela, kat Kota Bharu sana pon dah xde sape2.Aku mendoakan semoga segala urusan mereka dipermudahkan. Sangat kesian pada diorg sebenarnya..

Apepon, Aidilfitri tetap disambut juga. Hari kemenangan umat islam seluruh dunia.Buat keluarga kami, ala kadar saja. kuih raya pon banyak dibeli dari dibuat sendiri. tetamu yang datang tahun ni mmg ramai. Ramai sedara mara jauh yang dtg ziarah. Aku mmg x menang tangan. Sampaila lps kenduri tahlil arwah masa raya ke empat, aku diserang batuk selsema. lps tu demam plak. Sudahnye dpt MC 2 ari,n baru mula keje hari ni..

Tuesday, September 8, 2009

Al-fatihah buat Pokteh ku sayang..

Jam 2 lebih pagi Jumaat 04/09/2009 bersamaan dengan 14 Ramadhan 1430H, aku dikejutkan oleh deringan telefon. Kat skrin hp aku tu, aku tgk Pektam yang col. Aku jawab. Dalam hati mcm dah dpt agak, mesti ada berita yang menyedihkan bakal aku dengar. Suara pektam slow sgt. Aku tau die menahan sebak yg teramat. Berkali2 die pesan supaya aku x terkejut. Dan akhirnya dia bgtau " Pokteh dan takde..". Selesai ayat tu, aku dgr Pektam terus menangis. Aku blur. Mcm x percaya dengan berita yg baru aku dengar. Pokteh tak sakit. Tibe2 aku dgr dia dah takde. Ye, Pokteh dah pegi.Pegi meninggalkan kami semua buat selama-lamanya..hubungan kekeluargaan sebelah mak mmg sgt rapat..kami betul2 rasa kehilangan dia..sgt2 terasa!

Lps Subuh, aku bertolak balik ke kampung. Ambil Along, Abg ipar aku n Jemi kat Melaka. Singgah Pagoh umah Bangcik n kitorg balik skali. Pektam dah balik awal lg dr aku. Sebab die kene g Shah Alam amik anak arwah Pokteh kat Shah Alam. Sepanjang perjalanan, kami cume diam aje. Rasa mcm x caya Pokteh kami dah takde!. Sampai kmpg, dkt nak Zohor. Jenazah masih dalam perjalanan lagi. Bukan dekat, dari Kota Bharu sana. Nenek aku adalah orang yang paling sedih aku rasa. Dia hampir pengsan sebaik saja berita pemergian Pokteh sampai pada die..

Tepat jam 5 ptg, jenazah selamat sampai. Waktu ikatan wajah jenazah dibuka, kami sume memang tak dpt menahan air mata. Tambahan lg, bile tgk nenek aku peluk n cium arwah macam xnak lps. Pokteh mmg sgt baik.sbb tu die dpt rezeki meninggal dunia di pagi Jumaat, bulan Ramadhan. Kami sume redha bila tgk wajah die yang tenang. Macam orang tidur je..lps solat jenazah, jenazah terus dikebumikan memandangkan hari makin lewat petang..wajib disegerakan. Cukuplah jenazah Pokteh terseksa dalam perjalanan yang jauh..

Dan hari ini adalah hari ke 5, Pokteh pegi meninggalkan kami. Sebak rasa bila melihat mercun yang die dah beli utk sepupu2 aku yang masih kecik tu dalam bonet kereta dia. Tambah sebak bila baca sms Ramadhan dia yang ayat2 nya macam dah tau yang die dah dekat nak pegi. Terlalu banyak tanda-tanda yang Pokteh dah tunjuk, tapi kami sume x faham..
Apepun, aku mendoakan semoga roh Pokteh aku, Kamaruddin bin Md. Jamin, ditempatkan dikalangan hamba-hambaNya yang beriman.. Amin..

Al-fatihah..

Wednesday, August 26, 2009

sungguh malas rasanya..

Arini dah masuk hari ke -5 Ramadhan..Alhamdulillah, aku masih dikurniakan kesihatan yang baik bagi menyempurnakan rukun islam ketiga ini..

minggu ni ala2 malas sket nak buat keje, sebabnye ari Jumaat nant, nak balik kampung..aku rasa x saba sbb sume adik beradik aku balik..tp nant, aku tumpang balik ngan Along jela..dari Kajang, tumpang hosmate aku sampai Ayer Keroh, Along amik bawak g umah die, then pas Subuh Sabtu tu, kitorg gerak balik..mak bapak aku hepi sesgt sbb kami sume dpt balik. Tahun ni ada beza sket banding thn lps, sebab diorg dah ade menantu sorg..bapak aku dah usik2 aku dah, arap2 tahun depan, bertambah la menantu die..emm..aku cakap, doa jela byk2 bulan puasa ni..keberkatan nye berganda dari bulan2 lain..

Malam td, aku g wat urutan kaki lg. Memang rasa badan lbh sehat dan cergas skarang. Kalau boleh, aku nak bawak parent aku g berurut jugak. Sangat tidak elok kalau terlalu lama bergantung pada ubat kimia. Urat pon jd keras. Penyakit x jugak baik. Cuma skarang, aku kene berpantang segala macam seafood sementara nak baiki problem jerawat aku ni. tp x taula balik kmpg nant harus x tahan godaan. yela..bapak aku dah order siap2 udang n ketam besar..mana mungkin aku sanggup nak memandang dgn mata sahaja!hohoho

Emm..musim2 nak raya ni, byk la jugak baju aku nak jahit..bawah ni baju Kak Ikin..baru pg td antar kat die, dan die bg lg 2 pasang utk dijahit..




Mata macam mengantuk la plak..

Friday, August 21, 2009

Salam Ramadhan Al-Mubarak

"Kian berlabuh tirai Syaaban,
Lambaian Ramadhan kian dinanti,
Luhur hati ikhlas amalan,
Semoga ibadat Allah berkati "..



Dikesempatan ini, saya ingin memohon maaf atas segala salah & silap samada dalam sengaja atau tidak..

"Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak..dan semoga ibadah kita di Ramadhan kali ini lebih diberkati..Amin.."

Wednesday, August 19, 2009

ada rasa rajin sket nak update..

Aku cube nak jd rajin sket,update cite dlm blog aku ni..

Last Saturday, aku g wat tinted cermin keta..asalnye dah buat dah utk 5 window x lame lps dpt keta aritu. tp aku buat yg biasa2 punye..konon plan, utk front window tu nak claim la voucher yang dpt masa amik keta aritu. rupa2nye bile call kedai kat Johor Jaya sana tu, kalau nak claim voucher tu kene buat whole window..sedangkan dlm Term & Condition kat voucher tu xde lak ckp camtu..hampagas tol..

Utk cermin depan ni mmg aku plan nak wat yg kualiti sket..tpnye..bile dah kat situ, fikir punye fikir, aku buat utk sebiji keta terus..kira murah sket la..aku buat kat RAY TECH, Bangi je..dekat sejam lebih jugak baru siap.


Rasa selesa sketla drive skarang..:)

Tuesday, August 18, 2009

semputnye aku rasa..

lately, aku rasa tidak sehat..angin mcm berkumpul kat salur nafas aku dan menyebabkan dada aku terasa berat bile nak bernafas..
x larat aku rasa. lepas buat urutan refleksologi sabtu lepas, terasa la lega sekejap..tp smlm ptg jd lg..mungkin ini kesan setelah sekian lama aku jarang sgt2 sendawa bile makan..angin tu dah blok dlm salur makan aku..aduhai..moga2 aku dapat sehat sprt sediakala..amin..

Monday, August 17, 2009

Baju Akak Zana

Skarang ni aku cume upload gambar2 jahitan sajork.. Baju Kak Zana ni dah lama aku simpan..baru je siap smlm..hohoho..




Tuesday, August 4, 2009

Labuci Bunga Teratai

Dah lama aku nak try jahit labuci mcm ni..akhirnya tercapai jugak..





Tempahan untuk raya dah ada..kelabu la mata aku menjahit pasni..:)

Wednesday, July 15, 2009

siap juga akhirnya..

Setelah berhempas pulas dan kesakitan tengkuk, akhirnya aku berjaya juga siapkan baju ini. First time aku jahit labuci kecik2 ni..tu pon follow cth baju yg customer ni bagi..kalau x, mmg x pandai kot..

Terima kasih pada customer ni sbb bg aku peluang belajar benda baru..





Sangat2 menguji kesabaran!!

Monday, July 13, 2009

Makan2 di rumah Zura@Metroview Condo, Wangsa Maju

Sabtu lps, aku terima undangan dari Zura, kawan masa UKM dulu. Dia buat kenduri doa selamat sempena masuk rumah baru+ulangtahun perkahwinan+ulangtahun kelahiran puteri sulung nya.Kire 3 in 1 la ni. Last aku jumpa si comel An Nur Az Zahra ni x silap masa umur dia 3 bulan. Skarang ni, InsyaAllah, lg 6 minggu, dia dah nak dpt adik. Murah sungguh rezeki kawan aku ni..

Masa ni jugak dpt jumpa Yana n baby Tasnim. Besar dah Tasnim. Cuma mama die je yg x besar2..hehe..makan byk2 sket ye Yana..:). Tapi Yana balik awal sket dari aku, so x sempat nak amik gambar. Aku sempat snap gambar An Nur je.Geram tgk aksi puteri sulung Zura ni. Sangat aktif. Comel macam ummi die jugak..


Budak kecik pon pandai teruja bila tgk kek lawa


Apepon, aku doakan An Nur akan jadi anak yang solehah utk ummi dan daddy nye..dan juga semoga Zura dipermudahkan proses kelahiran anak kedua nant dan juga semoga rumahtangga mereka kekal bahagia hingga ke syurga..Amin

Wednesday, July 8, 2009

story updated

Sebulan lebih aku x update blog ni..almaklumla aku cuma update crite-crite yang terkesan dlm ati aku aje..yg x meninggalkan kesan tu, mmg aku takmo tulis sbb aku xmo ingat!

Asalnya aku ingat nak balik kmpg bln ni, tp nampak nye mcm x jd.lgpon aku dah jumpa mak aku n adik beradik aku 2 mggu lepas kat umah Along. First time aku g umah Along lepas die kawen.Terubat jugakla rindu pada Kancil Biru aku tu.

Masa tu jugak aku dpt tau, Bangcik, adik aku tu dah putus dgn gf dia. Aku tak tau aku gembira atau apa.sbb aku mmg dah cuba terima gf dia tu after balik dr Kursus Motivasi bulan April aritu.Tp nampaknye mmg diorg takde jodoh. Mak agak marah jugak, sbb adik aku dh byk sgt berkorban utk gf die tu.Takpela, aku cuma cakap kat Mak "Mak doala byk2,kalau betul anak-anak mak baik,temukanlah dgn jodoh juga dari kalangan yg baik-baik". Doa untuk aku skali..:)

Oh ye, insyaAllah, ujung Julai nant, aku nak p jalan2 ke Terengganu. Saja nak berjalan, bg release sket tekanan..buat masa ni, aku agak byk keje.Keje opis+freelance+tempahan manik yg aku x start2 jahit lg. Minggu depan tuan nye dah nak pakai.huhuhu!

Monday, June 8, 2009

Selamat Pengantin Baru Kawan!

Tahniah dan Selamat Pengantin Baru buat sahabat zaman sekolah ku, Nordinar dan pasangannya Ikhwan yang baru saja menamatkan zaman solonya pada 06 Jun 2009 yg lepas.


Semoga kalian kekal bahagia hingga ke syurga..amin..




" Agak frust aritu sbb aku sampai awal n after pengantin sampai, aku terus balik. Sampai Kajang, Ashafad (sahabat zaman sekolah aku jugak) call bgtau dia baru sampai kat kenduri tu. Em..xde rezeki mau ketemu dia.."


Friday, February 13, 2009

Alkisahnya..

aku jalan2 kat pasaraya..
tibe2 jatuh hati pada bunga telur kat tepi kedai pengantin tu..
aku beli sebatang..
dan aku beli barang2 nya..
balik rumah..aku pon cuba..

maka inilah hasilnya..



aku arap aku dapat guna bunga telur ni untuk majlis aku sendiri..walaupon tak tau la bile masanye..

Jalan-jalan Family Day

Weekend lepas (7-8 Feb) , aku join Family Day Ofis ke-23..tahun ni kat Tiara Beach Resort, Port Dickson. Aku gerak awal dari rumah ngan cik @acu. sebabnya nak hantar Komputer Riba adik aku kat Merlimau sana.sampai Teluk Kemang tu dlm pukul 1 then kitorang makan2 dulu n jalan2 kat gerai2 yg ada kat situ. Dalam jam 2 30 pm, baru gerak ke hotel. Weeknd tu ramai group lain pon buat family day, so group kitorang duduk kat blok yg belakang skali..agak jauh dr tempat makan..

Jam 630 pm, baru aku turun ke bawah berjalan2. Tiara Beach Resort ni mmg glamor dr sudut Theme Park nye kot. sbb tu agaknye rate utk room tu agak mahal walaupun x berapa selesa sgt sebenarnya. tp tarikan Theme Park tu yg menyebabkan ianya sentiasa menerima kunjungan orang ramai.

Tahun ni, Family day agak hambar (sepanjang aku bekerja di sini). aku x berapa enjoy sgt. sekadar memeriahkan acara sahaja..



aku & sis nurrul



Ini hadiah cabutan bertuah aku dpt aritu. tp aku dah bg pada sorg kakak opis tu bile aku bukak n tgk di dalamnya adalah rak kayu 4 tingkat. aku rasa cam x perlukan barang tu. so, sedekah jela pada yang mmg perlukannya.


Sebahagian pemandangan kolam yang paling dekat ngan blok kami.




Bergambar beramai2 sebelum balik..

Rasa mcm penat sgt plak..mgkn aku berendam dlm air yg x bersih kot..
Mujur Isnin tu cuti umum Thaipusam. Dapatla aku merehatkan badan..

Monday, February 2, 2009

apabila keinginan menulis itu merudum..

hai..

buat masa ni aku takde keinginan untuk bercerita..
terlalu banyak peristiwa yang jadi..ada yg aku nak ingat dan ada jugak yg mmg aku xnak ingat lgsg kalau boleh..
jadi..aku fikir..lebih baik aku simpan kemas2 dalam hati..

buat masa ini, aku masih menanti kehadiran keinginan itu semula..

....

Friday, January 9, 2009

Edisi Khas : Hantaran Majlis


Kek Perkahwinan

Mas kahwin, wang hantaran & barang kemas ( upacara batal air sembahyang )

Sirih Junjung

Sebahagian hantaran pengantin perempuan

Sebahagian hantaran pengantin lelaki



Hantaran khatam Quran
Semua hantaran ni adalah hasil tangan aku sendiri..
sebelah lelaki pon, Along soh aku buat skali sebab perjalanan jauh utk ke kmpg kami agak menyusahkan kalau hantaran itu di bawa dari Terengganu sana..

Edisi Khas : Majlis Khatam Quran

Tarikh : 21 Disember 2008
Masa : 10 Pagi
Tempat : Kampung Halaman ku




Alhamdulillah, tercapai jugak hajat nenek dan mak aku untuk melihat kami 4 beradik khatam Quran bersama. Adik aku akhirnya pulang juga ke kampung..
sesungguhnya, aku sgt bersyukur..

Edisi Khas : Majlis Bersanding

Tarikh : 21 Disember 2008
Masa : +- 1:30 petang
Tempat : Kampung halaman ku