Tuesday, October 28, 2008

entry selepas bercuti

bangun2 pagi td bahu aku sakit.puncanya postur badan x betul time tido. n then mengakibatkan kepala aku berdenyut2 pulak. apepon aku arap aku larat utk menghabiskan puasa sunat Syawal utk hari ke 6 ini..insyaAllah..

Ari Sabtu, g open house umah Kak Tim, Boss aku. Besar-besaran open housenye tu. Mmg open betul la. Yg aku tau pg tu diadakan Kenduri Doa Selamat. Open house yg sbnrnye start jam 2 ptg. Aku janji ngan @cu nak g sama. Open house ni konsep gerai2. ada Ayam Golek, Ais Kacang, Char Kue Teow, Yong Taufu, Nasi beriani, Laksa Sarawak, Rojak buah n macam2 lg. Giler byk. Sume sedap2 belaka. Larat x larat jela yek. Aku ingat nak g membeli brg sket otw nak balik umah tu. tp dek kerana kekenyangan yg amat sgt, aku terus balik umah saja..


Ahad tu plak, aku ingat nak balik melaka umah Along. saja nak tlg ape2 yg patut utk persiapan kenduri dia nant. Lagipon aku mmg xde sebarang agenda penting utk di isi pada hari Ahad n Isnin. Housemate aku balik kmpg. Sahabat aku, Cik Nory pon balik kmpg. Tp bila dah sampai pagi Ahad tu, rasa malas la plak.Aku lepak kat umah layan tv sambil menyiapkan tempahan baju Kak Ikin & Kak Zana..

Isnin tu, lps lunch aku g Nilai Square, nak cari kain utk baju tema Mak n Nenek aku. Tema akak aku nant purple+cream. Along mintak survey kan skali alas dulang hantaran. Tapi barang2 kawen tu byk kat Nilai 3. So, xdela aku pegi. Asalnya nak beli 2 helai kain je, tp sampai2 kaunter nak bayar tu, dah berganda jd 4 pulak..hehe..biasala kan..kalau dah berkenan tu, wajib ler dibeli. kalau x, nant balik teringat2 pulak..

Kat bawah ni baju Kak Zana aku dah siap jahit.



Bawah ni pulak, baju Kak Ikin..



Sebagai penghargaan buat sahabatku, aku bercadang nak offer diri utk jahit manik pada baju tunang Cik Nory.. belum sempat bgtau, die dah col bgtau benda yg sama..

p/s : bukan senang nak cari seorang Sahabat. Terima kasih kepada kalian yg sudi menjadi Sahabat aku..semoga aku tak dilupakan disaat kalian sedih & gembira..

Friday, October 24, 2008

Dua berita sedih..

Hari ini aku menerima 2 berita sedih..

pertama - berita kepulangan Atuk sedara aku ke rahmatullah. ArwahTok Talib, abang kepada atuk aku. Tak sangka, keinginan yg terlalu tinggi utk berjumpe die masa raya aritu, merupakan pertemuan terakhir kami...teringat masa salam die b4 balik dr umah die aritu...sejuk..apepon, aku doakan semoga rohnya di cucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan hambaNya yang beriman..amin

kedua- yang ini, xleh dinafikan mmg aku sgt berharap. tambah2 lg sejak bebanan kerja semakin bertambah. tp nampaknye mmg UPM masih perlukan aku utk terus berkhidmat di sini..sesungguhnya, Tuhan tau apa yg terbaik utk aku..aku percaya itu!

tanpa tajuk

just nak upload baju Kak Ikin yg aku baru siap jahit malam td..





oh ye! malam ini ada jamuan raya opis..nampaknya, acara makan2 hujung mggu ini akan bermula dari malam ini..:p

Monday, October 20, 2008

Sunday- Open House

Masih tak abis2 lg crite makan..

Pagi Ahad tu aku plan nak siapkan User Guide Freelance aku. On je laptop, benda lain yg aku buat. Main game dlu ahh..last2 xleh stop. Dlm lbh kurang kul 10 tu, Pektam col ajak p umah die. Makgie aku masak Laksa Johor katenya. Ada sedara kami nak dtg beraya. Contact cousin aku, Mek Nad tu..x free le plak. Byk assingment katanya.Biasala..student. Lps solat zohor. Aku mandi, solat n siap2 ke Jemputan yg pertama. Rumah Kak Rosliza kat Bangi. Jumpe Pn Fea ngan familynye..sedang makan2. Kak Liza masak Laksa, Nasi Beriani n Kuih Muih. Ambil iktibar apa yg terjd semalam, aku makan sume tp sket2 je..sbb ade lg 2 rumah aku nak pegi..Thanks 2 Kak Liza. Sedap kek coklat akak buat tu..

Aku sms Cik Nory, ajak die p umah Pektam aku. So, lps balik dr umah Kak Liza, aku terus ke umah Cik Nory, pinjam internet die jap utk bukak email plan ke umah kawan aku, Fuzi. Lukis peta tu lbh kurg, n then, trs ke umah Pektam aku. Haru jugak sbb aku mmg x kenal sedara kami tu. Mungkin aku terlalu kecik utk ingat zaman2 muda diorg tu..Makgie masak laksa johor n rendang+nasi impit. Macam biasa, Makgie aku masak mmg sedap. byk la jugak aku makan..layan cousin aku, Hajeerah kejap pas solat Asar tu, kami berangkat ke umah Fuzi kat Taman Puncak Utama..

Sampai2 tu dah pukul 6 lebih, ujan dah mula turun. Fuzi masak Soto n Nasi briani. Die masak sendiri. Aku makan lagi..mmg musim2 raya ni, hancus diet..jenuh nak bakar balik kalori2 ni..tumpang solat Maghrib, then kami pon gerak ke Bangi..temankan Cik Nory p Menara Optometry. Tak lame pastu, aku anta die balik. Otw balik ke umah tu, hujan turun sgt lebat n kilat memancar2. aku selawat je sepanjg perjalanan..Alhamdulillah, selamat sampai..lepak giler sampai rasa nak cuti arini..tp keje byk..kene keje gak ler jawabnye..


Saturday - Open House

Agenda open house masih mengisi agenda aidilfitri aku pada thn ini. Bermula dari ari Jumaat sampai la ke Ahad..Tengahari Jumaat tu kat Rumah Kak Nisah..opismate aku. Ada ketupat, rendang ayam, mee hailam, kuah lodeh n kuih muih..mmg aku dah spare perut siap2..hehe..sodap sumenye..Thanks 2 Kak Nisah atas hidangan yg sodap2 belaka..

Sabtu tu, lps meraikan Boss aku konvo, aku + cik @cu ke umah Ummi Fetty.Asalnya janji ngan Kak Ikin + Che Nah. Tp kitorg sggh opis, solat dlu. sampai2 sana untie2 berdua tu dah slmt makan dah. kat umah Ummi Fetty ni tersedia hidangan Laksam, Nasi Dagang, Nasi impit+Serunding n Kuih Muih. Perut punya la lapa, makanya dengan tanpa segan silu aku makan sume hidangan2 itu. Sodap la katekan..Thanks jugak 2 Ummi Fetty ye..

Lps Umah Ummi Fetty, sggh beraya umah Kak Ikin. Lagipon umah kak Ikin otw jalan aku nak ke Bangi. Makan kuih raya buatan Kak Ikin, Cocktail n Teh O Panas. Perut dah makin sendat...huhu. Thanks juga 2 Kak Ikin..

Destinasi seterusnya umah Kak Faridah. Kak Faridah ni opismate aku mase keje kontrak kat UKM dlu. Dah aku anggap macam kakak aku sendiri. Every year mmg umah dia antara umah wajib yg aku akan pegi..Kakak aku ni masak sendiri sume hidangan. Ada Laksa, Soto n Nasi Ayam. Aku makan soto ngan nasi ayam je..perut dah rasa teramat sendat..hohoho..Trime Kasih ye kak..rugi pegi mase perut dah kenyang..sbb dpt makan sket je..:p

Balik malam tu, kepala aku meragam..mungkin bermacam2 makanan nak diproses. sudahnya, aku telan panadol 2 biji.. n kemudian terus mimpi...

Disebabkan tido awal, aku terjaga jam 3 pagi n xleh tido. So, aku cuci muka n sambung jahit baju Kak Zana. Akhirnya siap jugak la baju Kak Zana ni..



Tahniah buat mereka..




(Dari kiri : Dr. Hjh Fatimah, Dr. Hjh Marzanah, Dr. Haslina)


" Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Sekalung Tahniah buat Dr. Hajjah Fatimah Sidi & Dr. Hajjah Marzanah A Jabar serta Dr. Haslina Arshad di atas penganugerahan Ijazah Doktor Falsafah pada 18 Oktober 2008 bersempena Pesta Konvokesyen UPM ke- 32.."

Selamat Maju Jaya buat kalian..

With Lots of Love,

Maziah Alis @ Alias



Dr. Hajjah Fatimah Sidi yang mesra ku panggil Kak Tim adalah Boss aku..byk ilmu yg aku dapat belajar dr dia sepanjang berada di bawah seliaannya. Tp, bermula 03 November nanti, dia akan berhijrah ke Fakulti sebagai Pensyarah..

Terima Kasih atas segala tunjuk ajar dan ilmu yang dikongsi bersama..;)


Thursday, October 16, 2008

suami soleh??

biasa kalau kita makan beramai2, bila last2 slalu tggl satu..
satu tu la yg takde sape nak amik..
tp nant ade yg ckp sape yg amik yg last tu nant dapat suami soleh..

kate la..diantara kawan2 aku, aku yg paling lewat kawen..
jadi, boleh ke bakal suami aku tu di sebut suami soleh?..:D

Wednesday, October 15, 2008

Kawan VS Sahabat

Kalau dibuka kamus, kedua2 perkataan ini mempunyai maksud yg hampir serupa..tapi pada aku maksud sebenar disbalik kedua2 perkataan ini tidak sama..adalah mudah utk menjadi KAWAN tetapi sukar sebenarnye utk menjadi seorang SAHABAT..

Bukannya senang nak cari kawan yang baik.
Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik.

Seorang sahabat tak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya.
Seorang sahabat tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya.Sebaliknya Seorang sahabatlah yang paling banyak membantu sahabatnya untuk mencapai kejayaan.
Seorang sahabat tak pernah mempengaruhi sahabatnya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia.


Sahabat adalah orang yang selalu menasihati sahabatnya untuk berbuat kebaikan.
Sahabat adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira.
Sahabat menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.
Seorang Sahabat tak pernah memaksa sahabatnya untuk sentiasa berada di sisinya.

Seorang Sahabat tak pernah melarang sahabatnya untuk berkawan dengan kawan yang baik.
Seorang Sahabat tak pernah cemburu jika sahabatnya mempunyai ramai kawan baik, kerana seorang sahabat tahu apa yang paling baik untuk sahabatnya.
Seorang sahabat akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan sahabatnya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.


Kita adalah seorang sahabat jika kita faham bahawa sahabat kita bukanlah seorang yang sempurna.
Kita bukanlah seorang sahabat jika kita tidak menghargai sahabat kita, kerana seorang sahabat akan sentiasa menghargai sahabatnya.
Kita bukanlah seorang sahabat yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada sahabat kita, kerana seorang sahabat akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada sahabat-sahabatnya..

Jadi, adakah kita cume mampu menjadi seorang KAWAN atau adakah kita telah berjaya menjadi SAHABAT kepada kawan2 kita?

( Petikan artikel )

entry ini cume utk mengingatkan diri sendiri. maklum saja, aku juga insan biasa..mudah lupa dan kdg2 tanpa sengaja membuat kesilapan..


Monday, October 13, 2008

jalan-jalan hari raya

Acara hujung minggu aku begitu full..maklum ler musim raya kan..sabtu, aku beraya bersama sahabatku Cik Malin & Cik Nory ke rumah kawan lama aku masa keje ukm dlu. last memory masa kami sama2 di ukm, anaknye baru 2, skarang ni after almost 4 years, dah nak masuk 5..sungguh produktif kamu ye Cikgu Salmee..;). oh ye, sedap mee bandung wife ko masak aritu..

Rumah kedua, rumah kawan kami, Yana di Bukit Mahkota pula. kesian Tasnim kene ciken pox..merah2 badan dia. tp masih boleh gelak bile diagah..cute sggh..semoga Tasnim cepat sembuh yer..

Malamnye pulak ke rumah kawan kami, Zaha di Seksyen 2, B
BB. hidangan tomyam,padprik, kailan ikan masin & telur dadar yang menyelerakan..sedap sungguh masakan suamimu Zaha..;)

Malam Sabtu tu, aku bukak kelas jahitan manik..hehe. xdela kelas pon, Cik Nory yg nak belaja menjahit..so,aku ajarkan ler..buleh je die menjahit..cume kene prektis lebih lg..gud luck my frend..;)

Esoknye pula , bertemankan Cik @cu, kami pegi open house member2 opis pula. Hidangan Mee Bandung & Lontong di rumah Pn. Fealize dan hidangan Soto & Mee Kari di rumah Kak Suria..kenyang amat seh!!



Di rumah Pn. Fealize




Di rumah Kak Suria.


(Thanks to cik @acu atas gambar2 yg aku cedok dari blog die ..;p )

Dalam kesibukan berhari raya , sempat juga aku siapkan sehelai baju Kak Zana..ada lagi yg menanti terutama baju nikah Along yg masih x siap lg..






Apapun, trime kasih kepada kawan2 yg sudi mengundang aku beraya di rumah kalian..semoga bertambah rezeki utk kalian dari-Nya..amin..

Thursday, October 9, 2008

2 keping gamba raya..

dek kerana kesibukan melayan tetamu yg tersangatla ramai bermula dari Syawal pertama hingga ke tiga , makanya, hanya 2 keping gambar ini sahaja yg sempat aku rakamkan dilensa Cybershot SE K800i ku..




Ketupat yg tradisional la sgt (kata bapak aku) sbb direbus dengan dapur kayu..naik hitam legam periuk mak aku tu dibuatnye..



Ruang tamu raya yg kene ubah layout nye sbb bertambahnye bilik baru tu..

Wednesday, October 8, 2008

Syawal 1429 H

Syawal kali ini masih tiada beza dengan Syawal2 yg lps.Aku masih diberi keizinan untuk menyambutnya bersama keluarga tercinta di kampung halaman kami.Alhamdulillah..
Tak berapa lama lagi, tahun 2008 akan melabuhkan tirainya..dan perkahwinan kakak kesayangan ku akan menjadi penutup tirai agenda keluargaku pada thn ini..insyaAllah..dan tarikh bersejarah kakak ku juga nanti akan dikongsi bersama Kak Zu (kakak Mr. MFH) yang turut menamatkan zaman solonya dengan jejaka pilihan. Jika tiada aral melintang, dua @ tiga bulan selepas itu, keluarga nya pula akan dtg merisik aku untuk adiknya..sebenarnye aku hanya bersedia utk menamatkan zaman solo ku pada thn ini (2008), selepas tanggungjawab sebagai kakak kepada adik2 ku selesai aku laksanakan dan selepas aku puas dlm memberi keselesaan hidup kpd kedua org tuaku. Dan setakat ini, segala perancangan aku itu diberkati olehNya. Cuma, thn ini aku perlu memberi laluan kepada kakak ku terlebih dahulu dan secara kebetulan, di pihak si dia, pesanan dr arwah ayahnya yang berkehendakkan kakaknye bernikah dahulu..kesudahannya, thn 2009 yg akan dtg, memungkinkan Syawal pertama akan aku sambut dengan status diri yang baru..insyaAllah..

Syawal kali ini juga memaksa aku menegur tingkah laku adik lelaki ku. Tujuanku cuma satu. Aku tidak mahu dia alpa dgn tanggungjawabnya sebagai anak lelaki sulung dlm keluarga. Aku tidak mahu dia menganggap perkahwinan adalah titik noktah tanggungjawabnya kepada org tua kami kerana sbgi anak lelaki, tanggungjawabnya tidak akan berubah kpd ibu bapa kami walau ape pun status dirinya.


Aku perlu sedarkan dia memandangkan tugas2 ku menjaga keluarga kami akan aku serahkan pada dia sebaik sahaja jodohku tibe..

buat adik ku..

“ Angah minta maaf kalau terpaksa berkasar, tp niat Angah mmg nak ko sedar dan ingat tanggungjawab ko.Angah taknak ko tanggung dosa atas kegagalan ko melaksanakan tanggungjawab ko pada kedua org tua kita..Angah tak pernah berkira pada setiap wang ringgit dan tenaga Angah seperti yg ko sangka..apa yg Angah harapkan adik2 Angah berjaya dlm hidup dan kita sama- sama dpt beri keselasaan hidup pada ibu bapa kita..Tiap kali lps solat, Angah tak pernah lupa berdoa pd Tuhan minta diberikan peluang pada kita adik beradik utk beri kesenangan hidup pada org tua kita..ko pun tau mcm mana susahnya hidup kita dulu..dan Angah xnak ko lupa zaman susah kita itu..”

Syawal kali ini juga, memberi peluang utk aku menziarahi Guru Kelas Sekolah Rendahku
( Tn. Haji Laderlah bin Hj. Abd Ratip) yang ditimpa keuzuran. Cikgu Laderlah merupakan Guru Kelas ku dari Darjah 1 hingga ke Darjah 6. terlalu banyak jasanya pada aku dan x mgkn mampu utk aku lupakan selagi hayat dikandung badan.

Buat Cikgu..

“ Saya akan sentiasa mendoakan cikgu dan semoga cikgu sembuh seperti sediakala..kalau tidak kerana cikgu, tidak mungkin saya menjadi seperti sekarang. Terima kasih kerana mendoakan kebahagiaan saya dan keluarga. Jasa2 cikgu pada saya x mgkn mampu saya balas dan lupakan..”

Syawal kali ini juga mengizinkan aku utk bertemu teman2 lama zaman persekolahan dulu. Ramai yg dah berkeluarga. InsyaAllah, agenda ini akan menjadi agenda tetap kami setiap tahun..

Tamat sudah cerita Syawal 1429 H ku ini. Semoga aku terus diberi kesihatan yg sempurna dan peluang utk menyambut Syawal pada tahun-tahun yg akan dtg bersama2 insan yang aku sayangi..Amin..