Wednesday, December 31, 2008

Edisi Khas : Majlis Akad Nikah

Tarikh : 20 Disember 2008
Masa : 8:30 Malam
Tempat : Kampung halaman kami..



-Along di malam Akad Nikah -



-Lafaz Ijab & Qabul -



-Acara batal air sembahyang -



-Alhamdulillah, dah selamat bergelar suami isteri -






-Watikah penyerahan Bapa Pengantin Perempuan -




-Watikah penyerahan Ibu Pengantin Perempuan -







Alhamdulillah, semua nya berjalan lancar.
Maka dengan rasminya Along bergelar isteri org..
Dan dengan rasminya juga Aku mendapat Abang Ipar..;)

Tuesday, December 30, 2008

Salam Maalhijrah & Selamat Tahun Baru

Salam Maalhijrah 1430H & Selamat Tahun Baru 2009 buat anda semua .. semoga segala perancangan diberkati olehNya..

Aku baru masuk keje arini setelah bercuti lama.Alhamdulillah, majlis perkahwinan kakak ku berjalan lancar mengikut perancangan. Gambar-gambar terlalu banyak dan aku kene pilih untuk aku masukkan dlm blog aku ni..

Actually, aku balik sini ari Sabtu aritu lagi..saja balik awal sket..sbbnye aku tau aku mesti homesick kalau dok lama kat kmpg..yer..aku akan miss sgt my mum..:(


Wednesday, December 17, 2008

menjelangnya hari pernikahan kakak ku tersayang..

esok aku akan mula bercuti panjang..balik ke kampung. Lagi 3 ari je lg, Along akan bergelar isteri. Tak dapat aku nafikan, pelbagai perasaan ada dlm hati aku skarang ni. Rasa gembira dan sedih bercampur baur. Gembira kerana kakak aku tu dah bertemu jodoh. Sedih kerana aku sudah mula merasakan kehilangan.maklum saja, diala satu2 nya kakak yg aku ada..

barang2 yg diperlukan semua aku dah beli. tggl barang2 utk hiasan hantaran je aku belum beli. kene singgah Ayer Itam la kot esok. Semua hantaran aku kena gubah termasuk hantaran sebelah lelaki dan untuk khatam Quran..takpela.sepupu2 aku ramai yg perempuan. boleh mintak bantuan diorg nant..

Dalam masa yg sama, aku arap dan berdoa semoga adik aku dilembutkan ati utk pulang ke kmpg. Tempoh hari die mengatakan xnak pulang ke kmpg. Aku malas nak cakap pape lg kat dia. hati die mcm dah tertutup utk dgr nasihat kami. Bapak aku je yg risau die xnak balik. Mak aku nampaknye dah malas nak pk. puncanya, mak aku pon dah mula rasa kehilangan seorg dari anak2 nya. ntahla, semoga Allah berikan hidayah dan petunjuk pada adik ku itu..

Baju nikah Along dah siap aku jahit..



Tiap kali aku tgk baju ni, rasa sedih plak. Normal agaknya perasaan yg aku rasa ni. Atau mungkin aku agak sukar utk menerima orang baru di dalam keluarga ku..ape pon, aku berdoa semoga perjalanan majlis Along nant berjalan lancar..Amin..


Wednesday, December 10, 2008

Customer Baru

Semalam seharian aku siapkan baju tempahan ni. Sebab tuannya nak pakai 13 hb nant..Empunya baju ni pensyarah kat Fakulti Kak Ikin.Tghari td dah aku serahkan kembali pd Kak Ikin utk diserahkan pada tuannya.



Aidiladha yang lalu..

Aku baru lps pulang dari kampung. Alhamdulillah, perjalanan aku selamat pergi dan balik. Dan aku juga bersyukur, Atuk aku dibenarkan keluar dari wad ari Sabtu lps. kiranya aku+Along+Jemi x perlu singgah hospital, boleh terus balik ke kmpg.

Pakcik2 aku nak wat kenduri doa selamat pada Hari Raya Aidiladha. Syukur ramai yg dtg. Dan aku mmg sentiasa mendoakan kesejahteraan hidup buat keluargaku..Aidiladha kali ini berbeza dgn tahun2 sebelumnya, sbb semua pakcik2 aku balik. Rasa seronok. Tambahan pula dengan melihat persiapan kenduri Along. Kad-kad jemputan pun dah mula diedarkan ke kampung2 dan sedara mara..

Dlm kesibukan menguruskan hal keluarga, adik aku buat hal lg. X sangka dia masih berdendam dgn aku pasal kes raya aritu. Aku sangka dia boleh berfikir. Tp tidak. dan skarang, mmg hati aku sgt2 terasa dgn dia. x tau mcm mana aku nak buat utk aku maafkan dia. mungkin sume ini perlukan masa. salah ke aku tego sikap dia yg aku rasa x betul. kalau x tego, selamanye dia sangka ape yg die buat tu semua betul. kami semua balik sbb atuk kami x sehat. tp die balik sbb ape? sbb rindu sgt dgn gf dia tu. mmg x salah Along ckp, adik kami telah dicuri oleh perempuan itu..ye..kami berempat yg sebelum ni akrab, dah x jd mcm dlu lg. malam raya, dia takde kat umah. macam mana kami nak terima perubahan dia. Aku pon dah naik pening bile pk pasal die. sakit kepala jdnye.Bile ditego melenting.sampai boleh nak buang aku kakak kandung die ni..hati aku sakit..sakit sgt2..tp aku arap dan berdoa biarla die tak jd dgn pempuan tu..sebelum die kenal bdk tu,kami adik beradik rapat..hormat sesama kami..tp sejak adanye dia..semua jd kucar kacir..petanda x baik utk keluarga aku..dan aku akan pertahankan keluarga aku dengan apa juga cara..

Aku dah penat nak fikir benda2 bodoh macam ni..byk hati aku kene jaga..insyaAllah, aku berdoa semoga masalah ini akan dpt diselesaikan sebaik-baiknya. Amin ya rabbal a'lamin



Wednesday, December 3, 2008

Ujian Tuhan buat keluarga ku

Malam selasa lps, aku dpt berita Atuk aku x sehat..badan berpeluh2, then lps Doktor cek, dia bgtau, yg degupan jantung atuk aku sgt lemah. Malam tu jugak kena bawak ke Hospital. Aku org pertama yg tau. Sepantas yg boleh aku col adik-beradik n pakcik2 n makcik2 aku..dlm hati hanya Tuhan saja yg tau.. Makcik aku yg bongsu dgn suaminye yg ikut skali ambulan tu sementara mak aku temankan nenek aku yg mmg dah menangis kat umah..aku cuba tenangkan nenek aku via phone..tp dia x mampu nak cakap lgsg..sedih giler aku rasa..ini pertama kali atuk aku sakit teruk macam ni..Pakcik2 aku, sorg kat Terengganu (outstation) & sorg lg kat Kelantan. Dua2 xleh balik sbb kene lalu jalan yg ditutup sebab banjir..

Along dah menangis. Mungkin mengenangkan kenduri dia yg dah dekat..aku pon same nangis..adik aku yg bongsu nak final exam. yg no 3 plak baru je ke Batu Pahat 2 hari lps. Dapat keje baru kat sana. Masing2 jauh. Masa ni mmg aku rasa kami takleh buat pape sbb masing2 jauh. sgt kesian kat keluarga kami nak uruskan semuanya..paling2 nak tenangkan nenek aku..waktu ini juga aku faham ape maksud "REDHA"..ye, berlapang dada menerima apa sahaja ujian ke atas ku & keluargaku..

Lps Doktor x-tray, dpt tau satu injap sebelah kiri jantung atuk aku tersumbat. Sbb tu dada die sakit & badan die berpeluh2 dengan byk. Doktor terpaksa tahan atuk aku 5 ari di wad. Kalau dlm 5 hari ini kesihatan dia dah stabil, dia boleh keluar Sabtu nanti. Kami semua berharap & berdoa dia akan kembali sihat seperti sediakala..So far, Alhamdulillah, kesihatan dia makin stabil. Nenek aku lgsg xleh berenggang. Dia sendiri nak jaga suami dia..walaupun diri dia sendiri x sehat sgt sebenarnya..

Hari ini, Pakcik aku yg kat Kelantan balik kampung. Lusa, Pakcik aku yg Putrajaya pulak balik. Aku+Along+adik bongsu aku balik ari Sabtu nant. Adik aku yg ketiga plak balik Malam Ahad.Yg penting thn ni kami semua dpt berkumpul sambut Aidil Adha nant..


"Semoga Atuk aku cepat sembuh dan sehat seperti sediakala.Amin.."

Monday, December 1, 2008

Chibi Maruko Chan

Setelah sekian lama, baru aku sedar, aku sgt suka menonton kartun animasi ini walaupun telah diulang tayang berkali-kali. Bagi aku siri ini lebih baik dari Crayon Sinchan. Ada unsur2 persahabatan & kekeluargaan yang elok untuk ditonton kanak-kanak seusia Maruko ni..



Siarannya di NTV7, setiap Sabtu jam 11 pagi..
Kalau aku x kemana-mana, mmg wajib aku menonton kisah Chibi Maruko Chan ni..