Wednesday, September 30, 2009

Manik Raya : Corak Kompleks

Ini plak, baju2 Kak Ikin. Aku buat bunga labuci mcm yang Kak Ikin nak.






Sebenarnye ada baju yang aku x sempat jahit. Sebab dah last minute baru hantar. Tambahan plak, aku x berapa ada mood nak menjahit Ramadhan kali ni..

Syawal 1430H

Rasanya belum terlambat lagi utk aku mengucapkan Salam Aidilfitri, Maaf Zahir Batin buat semua. Cuti raya aku bermula pada 16 Sept memandangkan baju2 tempahan belum siap dijahit. Sudahnye, tengahari 17 Sept baru aku selesai menjahit semua baju dan terus bertolak ke Melaka, amik Jemi, adik aku tu. Kepala aku dah start sakit sebab tak cukup tido.so, dr Melaka sampai la ke kampung, Jemi la yg jd driver.Aku rileks kat sblh je.Sampai kampung, dah lps waktu berbuka.Kami berbuka kat Bandar Penawar, minum air kotak je..

Actually, perasaan nak raya tu x mcm tahun2 lps.Rasa kehilangan arwah Pokteh masih lagi menebal.Tak terbayang rasanya suasana di pagi raya,waktu salam bermaafan.Kami sekeluarga sangat sayangkan arwah, tapi Tuhan lebih menyayanginya. Kami tahu rindu kami ni hanya boleh kami pendamkan dalam hati. Hanya mereka-mereka yang pernah melalui pengalaman kehilangan insan tersayang dpt memahami perasaan ini. Berat mata memandang, berat lagi bahu Mokteh, Kak Long, Ila, Diyana dan Khalisah memikulnye.kepulangan diorg lebaran kali ini tanpa ayah.kebiasaan yang berlaku pada tahun-tahun lepas tidak lg berlaku utk tahun ini dan tahun2 seterusnya. InsyaAllah, Mokteh dan sepupu-sepupu aku tu akan berpindah ke kampung. Yela, kat Kota Bharu sana pon dah xde sape2.Aku mendoakan semoga segala urusan mereka dipermudahkan. Sangat kesian pada diorg sebenarnya..

Apepon, Aidilfitri tetap disambut juga. Hari kemenangan umat islam seluruh dunia.Buat keluarga kami, ala kadar saja. kuih raya pon banyak dibeli dari dibuat sendiri. tetamu yang datang tahun ni mmg ramai. Ramai sedara mara jauh yang dtg ziarah. Aku mmg x menang tangan. Sampaila lps kenduri tahlil arwah masa raya ke empat, aku diserang batuk selsema. lps tu demam plak. Sudahnye dpt MC 2 ari,n baru mula keje hari ni..

Tuesday, September 8, 2009

Al-fatihah buat Pokteh ku sayang..

Jam 2 lebih pagi Jumaat 04/09/2009 bersamaan dengan 14 Ramadhan 1430H, aku dikejutkan oleh deringan telefon. Kat skrin hp aku tu, aku tgk Pektam yang col. Aku jawab. Dalam hati mcm dah dpt agak, mesti ada berita yang menyedihkan bakal aku dengar. Suara pektam slow sgt. Aku tau die menahan sebak yg teramat. Berkali2 die pesan supaya aku x terkejut. Dan akhirnya dia bgtau " Pokteh dan takde..". Selesai ayat tu, aku dgr Pektam terus menangis. Aku blur. Mcm x percaya dengan berita yg baru aku dengar. Pokteh tak sakit. Tibe2 aku dgr dia dah takde. Ye, Pokteh dah pegi.Pegi meninggalkan kami semua buat selama-lamanya..hubungan kekeluargaan sebelah mak mmg sgt rapat..kami betul2 rasa kehilangan dia..sgt2 terasa!

Lps Subuh, aku bertolak balik ke kampung. Ambil Along, Abg ipar aku n Jemi kat Melaka. Singgah Pagoh umah Bangcik n kitorg balik skali. Pektam dah balik awal lg dr aku. Sebab die kene g Shah Alam amik anak arwah Pokteh kat Shah Alam. Sepanjang perjalanan, kami cume diam aje. Rasa mcm x caya Pokteh kami dah takde!. Sampai kmpg, dkt nak Zohor. Jenazah masih dalam perjalanan lagi. Bukan dekat, dari Kota Bharu sana. Nenek aku adalah orang yang paling sedih aku rasa. Dia hampir pengsan sebaik saja berita pemergian Pokteh sampai pada die..

Tepat jam 5 ptg, jenazah selamat sampai. Waktu ikatan wajah jenazah dibuka, kami sume memang tak dpt menahan air mata. Tambahan lg, bile tgk nenek aku peluk n cium arwah macam xnak lps. Pokteh mmg sgt baik.sbb tu die dpt rezeki meninggal dunia di pagi Jumaat, bulan Ramadhan. Kami sume redha bila tgk wajah die yang tenang. Macam orang tidur je..lps solat jenazah, jenazah terus dikebumikan memandangkan hari makin lewat petang..wajib disegerakan. Cukuplah jenazah Pokteh terseksa dalam perjalanan yang jauh..

Dan hari ini adalah hari ke 5, Pokteh pegi meninggalkan kami. Sebak rasa bila melihat mercun yang die dah beli utk sepupu2 aku yang masih kecik tu dalam bonet kereta dia. Tambah sebak bila baca sms Ramadhan dia yang ayat2 nya macam dah tau yang die dah dekat nak pegi. Terlalu banyak tanda-tanda yang Pokteh dah tunjuk, tapi kami sume x faham..
Apepun, aku mendoakan semoga roh Pokteh aku, Kamaruddin bin Md. Jamin, ditempatkan dikalangan hamba-hambaNya yang beriman.. Amin..

Al-fatihah..