Tuesday, November 25, 2008

apabila aku yg m**** ini ke dapur

weekend lepas aku keseorangan di rumah. Aku kene pastikan blender yg aku beli tempoh hari sumenye berfungsi dengan baik. Dah alang2 nak test setiap komponen blender tu, aku pon ada la mood nak memasak. Tp simple2 jela, coz makan sorg2kan..




-sotong masak jintan-



-tauge goreng-



-cendawan goreng-

aku ni x PANDAI memasak. Tapi aku BOLEH la memasak. sedap x sedap tu belakang cerita la ye..


5+1=6

ari ini aku berazam untuk tidak sampai lewat ke opis..
tp nampaknye aku dah menambahkan sehari lagi menjadi 6..malah hari ini merupakan masa paling lambat aku sampai ke opis..setengah jam aku lewat..
tp aku bkn sengaja nak dtg lambat..ada xcident di putrajaya yang menyebabkan kereta berjujukan seperti di bawah ini..



"Manusia hanya mampu merancang, tapi Dia penentu segala-galanya"

Monday, November 24, 2008

sudah 5 hari aku datang lewat ke ofis

masuk hari ini dah 5 ari aku dtg lewat ke opis..
puncanye? erm..momentum keje tgh menurun agaknye..
tapi mulai esok, aku berazam utk kembali seperti sediakala..
motivasi diri itu wajib!

Thursday, November 20, 2008

crite biasa

Ini baju Kak rose. Baru siap jahit malam td. asalnye aku dah jahit corak lain. tp bile dah siap tu cam kureng je aku tgk. So,aku bukak balik n jahit corak lain. X kisah la, janji aku puas hati kan..




Utk sementara waktu, aku x amik tempahan sehingga baju nikah along siap aku jahit. Lagi sebulan along aku akan bergelar isteri org. InsyaAllah, cuti Aidiladha nant, aku nak ke Melaka, mengintai persiapan dia.Dan start minggu depan, aku akan mula mencari brg2 yg perlu aku sediakan dan yg aku nak sponsor..

Tuesday, November 18, 2008

kembali bertugas..:p

Aku baru masuk ofis arini. Semalam bangun Subuh tu, kepala rasa berat. So aku sambung cuti lg sehari. Lgpon dah lame tak bercuti.Cuti aku pon banyak lg..

Sabtu lps, aku ke Jengka, Pahang meraikan majlis pertunangan Cik Nory. Aku ajak housemate aku, Maria teman. Lgpon die kenal Nory jugak. (Maria ni kakak kawan aku : Malin). Plan asal nak bertolak kul 7. Tp adat manusia hanya mampu merancang, kul 8 baru kami gerak. Sggh Temerloh amik kawan aku Cik Shida. Kurus benar nampaknye die..


-aku & Shida -

Sampai di rumah Cik Nory dlm jam 11 lbh. Majlis baru bermula. Ramai sgt tetamu yg dtg meraikan. Sudahnye lepak di bilik 'pengantin' ajela. Comel Cik Nory lepas di make over..;)

Selesai makan2 n sesi bergambar, kami pon meminta diri. Hantar Shida ke rumah sewa dia + kami nak tumpang berehat & solat. Dalam kul 3:30 PM kami pon bergerak balik ke Kajang. Sampai rumah 6:30 PM +-.

Ari Ahad tu plak menghadiri jemputan walimatul urus abang Yan kat Kajang. Byk menu lauk pauknye. Lps tgk pengantin bersanding, salam tuan rumah, kami pun balik.

Rasa mcm x ckup rehat, sebab tu kepala aku berat agaknye masa bangun tido pg smlm. Isyarat suruh berehat la tu ye..


p/s : To Nik Marsyahariani : kalau ko baca blog aku ni..jgn lupe tengok wajah cun Nory tu. Agak2nye camne muka ko kalau kene make over camtu yek Nik?? hohoho..mesti cun melecun..:P

Edisi Khas : Pertunangan Cik Nory

Tahniah buat kawan aku : Cik Nory yang telah pun selamat menjadi tunangan orang pada 15 November lepas.


- Cik Nory yang berseri-seri -


- Sebahagian hantaran dari pihak perempuan -


-Sebahagian hantaran dari pihak lelaki -


- Cincin pertunangan -




- Rakan-rakan yang memeriahkan majlis -


Tahniah buat Cik Nory dan pasangan..aku mendoakan semoga majlis mereka diberkati. dan semoga ikatan yang telah terjalin ini berkekalan sehingga ke jinjang pelamin dan seterusnya ke akhir hayat..Amin..

Tuesday, November 11, 2008

aku mau cuti esok..yeah!

Penatnye aku rasa sehari dua ni. Buat preparation utk meeting dgn Pendaftar tentang Laporan Status Projek Data Integriti yang aku handle ni. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Terima kasih pada staf2 aku yg telah memberikan kerjasama yg amat baik..

Mula2 td aku rasa cam nak cuti je arini. Tp bile boss bagi rehat sehari ni, aku decide, terus je keje sampai petang. tu yg boleh update blog ni. Mungkin esok aku nak cuti. Saje nak rehat. Lagipon nak siapkan 2 helai baju tempahan. Satu tu tuannye nak pakai hari Ahad akan dtg ni. Lps siap baju2 ni, aku nak fokus pada baju nikah Along & keje freelance aku yg masih ada 20% x siap.

Kat bawah ni, baju jiran aku, Kak Linda dan biras nya. Aku jahit corak piramid aje utk kedua2 baju ni supaya tak gaduh..hehe


Ari Sabtu nant insyaAllah aku akan ke Pahang. Untuk tujuan 2 dlm 1. Pertama, utk meraikan Majlis Pertunangan Cik Nory. dan yang Kedua, nak jumpa Cik Shida. rindu aku kat dia. lama x jumpe die sejak die dah balik ke Pahang Julai aritu. Baru-baru ni, bila calling2, aku perasan suara die x ceria. lemah je. aku tau die ada masalah..dan aku dah pesan kat dia, if rasa nak bercakap, boleh je col aku bile2 masa aku free..

okla..aku nak balik.dah dpt blender yg aku order tu.so, boleh le aku buat jus bebuahan mlm ni..daa...

Monday, November 10, 2008

hari ini=isnin

erm, hari ini hari Isnin. Tp masa nak bangun pg td, aku boleh plak terpikir arini ari Ahad. Sib baik tak sambung lelap lg.Punyela takde semangat nak g keje.ado la..kronik aku rasa.

Hujung mggu lps aku xde xtvt menarik selain, menjahit-tgk tv-makan-tgk tv-menjahit. nak siapkan baju2 tempahan & lepastu nak fokus pd baju nikah Along. Ade lg 40% yg x siap. naik risau dah aku dibuatnye..

Di bawah ini baju Kak Rose, merah kalernye. menyerlah la si pemakai yg sememangnye berkulit putih melepak itu..:)




oh, hari ini Hari Lahir Cik Nory.
Selamat Hari Lahir buat dia. Semoga hidupnya sentiasa diberkati. Dan semoga segala yang dirancang berjalan lancar. Terutama Majlis Pertunangan dia yg akan berlangsung Sabtu ini. Amin..

Friday, November 7, 2008

mood ku yg turun naik

akhir2 ini, mood keje aku turun naik. x stabil walaupun keje byk (termasuk keje opis, freelance web dan freelance menjahit). tp bab menjahit tu sentiasa ada mood..nasib baik. kalau x, mau nye x siap baju2 tempahan itu..malam td ada lg jiran antar 2 helai..sume2 nak pakai jumaat minggu depan..x tido malam la jawabnye aku. Takpe, masa bujang ni bolehla nak buat sume2 ni, esok kalau sampai jodoh, aku kawen, dah kene ubah jadual harian la pulak ye..( tu pon kalau aku masih keje makan gaji lg ler)..

Thursday, November 6, 2008

testing bunga labuci

aku testing buat bunga labuci khusus utk baju tunang cik Nory. First try, nampak x kemas sgt ler..tp yg penting aku dah tau cara utk menjahit bunga labuci ni..maklum ler belajar tanpa cikgu ni kene byk try & error.



bawah ni corak hujung lengan baju nye. simple je aku buat.



Hopefully, Cik Nory suka la..risau jugak aku..

Tuesday, November 4, 2008

Mohon Maaf..

Di sini aku nak ambil kesempatan, andai ada yg terasa dgn ayat-ayat di dalam blog aku ini, jutaan maaf aku pohon. Sesungguhnya, ayat-ayat itu sememangnya luahan yang automatik terjana dari hati ini. Tiada kene mengena dengan sesiapa atau ditujukan utk sesiapa. Sekadar mengingatkan diri sendiri sahaja.

Aku hanya manusia biasa..mudah lupa dan tak lepas dr buat silap..

Terima Kasih

Monday, November 3, 2008

Special entry for My Boss..








Hadiah dari kami..




Kata-kata penghargaan kami..



khas utk Boss Kami..Dr. Fatimah Sidi


Selamat bertugas di tempat baru..
Terima Kasih atas dorongan dan bimbingan yang diberi selama ini..
Selamat Maju Jaya dan semoga sentiasa dirahmati olehNya..

Selamat Pengantin Baru buat Abg Saiful Azha & Kak Siti Zakiah





Tahniah buat kalian berdua..
semoga kekal bahagia sehingga ke akhir hayat..



-aku tumpang sekaki menepung tawar pengantin-

p/s: Abg Saiful Azha @ Atan ni aku kenal since zaman belajar sampaila ke zaman aku keje kat UKM dulu. Seorang yang sangat baik. Jadi tidak hairanla, kenduri dia ramai yang sponsor...Tahniah ye Abg Atan & Kak Kiah!

Happy Birthday To Me!



Mengikut kalendar Masihi, hari ini genapla usiaku 28 tahun..
Apepon, aku berharap agar dikurniakan umur yg berkah dan semoga segala urusan aku sentiasa dipermudahkan oleh-Nya. Amin..

Buat keluarga serta sahabat yang masih sudi mengingati Hari Lahir aku pada hari ini, terima kasih aku ucapkan atas ingatan dan doa kalian..

Aku juga akan sentiasa mendoakan kebahagiaan kalian sbb aku SAYANG kalian semua..