Wednesday, October 15, 2008

Kawan VS Sahabat

Kalau dibuka kamus, kedua2 perkataan ini mempunyai maksud yg hampir serupa..tapi pada aku maksud sebenar disbalik kedua2 perkataan ini tidak sama..adalah mudah utk menjadi KAWAN tetapi sukar sebenarnye utk menjadi seorang SAHABAT..

Bukannya senang nak cari kawan yang baik.
Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik.

Seorang sahabat tak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya.
Seorang sahabat tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya.Sebaliknya Seorang sahabatlah yang paling banyak membantu sahabatnya untuk mencapai kejayaan.
Seorang sahabat tak pernah mempengaruhi sahabatnya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia.


Sahabat adalah orang yang selalu menasihati sahabatnya untuk berbuat kebaikan.
Sahabat adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira.
Sahabat menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.
Seorang Sahabat tak pernah memaksa sahabatnya untuk sentiasa berada di sisinya.

Seorang Sahabat tak pernah melarang sahabatnya untuk berkawan dengan kawan yang baik.
Seorang Sahabat tak pernah cemburu jika sahabatnya mempunyai ramai kawan baik, kerana seorang sahabat tahu apa yang paling baik untuk sahabatnya.
Seorang sahabat akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan sahabatnya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.


Kita adalah seorang sahabat jika kita faham bahawa sahabat kita bukanlah seorang yang sempurna.
Kita bukanlah seorang sahabat jika kita tidak menghargai sahabat kita, kerana seorang sahabat akan sentiasa menghargai sahabatnya.
Kita bukanlah seorang sahabat yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada sahabat kita, kerana seorang sahabat akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada sahabat-sahabatnya..

Jadi, adakah kita cume mampu menjadi seorang KAWAN atau adakah kita telah berjaya menjadi SAHABAT kepada kawan2 kita?

( Petikan artikel )

entry ini cume utk mengingatkan diri sendiri. maklum saja, aku juga insan biasa..mudah lupa dan kdg2 tanpa sengaja membuat kesilapan..


No comments: